Skip to playerSkip to main content
Seramai 12 anggota polis termasuk pegawai berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan semula memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799528/berita/semasa/12-anggota-pegawai-polis-dituduh-semula-kes-masukkan-dadah-dalam-badan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 12 anggota polis termasuk pegawai berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah di dua mahkamah Magistrat Sungai Petani atas pertuduhan semula
00:09memasukkan dadah ke dalam badan dua tahun lalu.
00:12Kesemua tertuduh termasuk Muhammad Syabri Salamat 32 tahun, Muhammad Hazri Ramli 42 tahun, Muhammad Hairi Zakaria 57 tahun, Selva Kumar
00:2238 tahun dan Sarvindran 30 tahun membuat pengakuan itu dihadapan Magistrat Nurfara Hazwani Osman ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara
00:32berasingan.
00:33Sementara itu Wan Munir Abdullah 38 tahun, Muhammad Azri Zakaria 37 tahun, Muhammad Mu'izuddin Muhammad Taib 31 tahun, Hairul
00:43Nizam Muhammad 36 tahun, Muhammad Fazli Long 47 tahun, Samsul Ismail 29 tahun dan Muhammad Arami Alui 36 tahun membuat
00:54pengakuan tidak bersalah dihadapan Magistrat Nurfazli Namusa.
00:57Mengikut pertuduhan, kesemua mereka berpangkat inspektor, sarjan, korporal dan lanskorporal didakwa tanpa kebenaran telah memasukkan ke dalam badan sendiri dadah
01:07berbahaya jenus ketamin dan methylene-dioximethamphetamine atau MDMA.
01:12Mereka didakwa di bawah Seksyen 15-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 Akta yang
01:21sama.
01:21Mahkamah membenarkan Muhammad Syabri, Muhammad Hazri, Muhammad Hairi, Selvakumar dan Sarvindran diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.
01:31Menekala di Mahkamah Berasingan Wan Munir, Muhammad Azri, Muhammad Mu'izuddin, Hairul Nizam, Muhammad Fazli, Samsul Ismail dan Muhammad Arami
01:40dibenarkan jaminan sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin.
01:45Sebutan semula ditetapkan 30 November depan.
01:48Difahamkan kesemua mereka menghadapi pertuduhan sama di Mahkamah Magistrat Sungai Petani pada 2024 namun dilepas tanpa dibebaskan pada April tahun
01:57ini.

Recommended