00:00Kementerian Peladangan dan Komoditi KPK mencadangkan penubuhan tabung bencana dan kawalan penyakit sektor agri-komoditi sebagai salah satu inisiatif dalam
00:10Belanjawan 2027.
00:11Menurut Kementerian itu, tabung berkenaan bertujuan membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perusak dan penyakit tanaman.
00:22Langkah itu juga dijangka memperkukuh keupayaan kerajaan bertindak dengan lebih pantas dan tersusun apabila berlaku insiden yang menjejaskan tanaman sawit,
00:31getah dan lada.
00:33KPK berkata setakat ini belum wujud skim pelindungan pendapatan khusus untuk pekebun kecil yang terjejas akibat fenomena El Nino.
00:40Bagaimanapun, pelbagai inisiatif sedia ada terus dilaksanakan bagi membantu pekebun kecil menghadapi cabaran seperti turun naik harga komoditi, peningkatan kos
00:50input, kemerosotan produktiviti dan penyakit tanaman.
00:54Antaranya termasuk program Budi Agri Komoditi yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM400 kepada pekebun kecil yang layak.
01:02Sehingga September tahun ini, seramai 431,089 pekebun kecil taraman sawit, getah, koko, lada dan kenaf dikenalpasti layak menerima bantuan
01:13tersebut.
01:14Daripada jumlah itu, sebanyak 227,378 permohonan telah diluluskan.
01:21Bagi pekebun kecil getah pula, bantuan musim tengkujuh sebanyak RM800 turut disediakan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika musim
01:31hujan.
01:32Terima kasih telah menonton!