Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Belanjawan 2027 memberi fokus kepada keseimbangan antara bantuan jangka pendek untuk rakyat dan pembinaan ekonomi bernilai tinggi melalui digitalisasi, AI, peralihan tenaga serta pembangunan bakat.
Transcript
00:00Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
00:05Perbentangan di jadual bermula pada 3.30 petang.
00:10Antara lain Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu adalah Belanjawan ke-5 di bawah
00:18pentadbiran Kerajaan Madani yang dibentuk sejak 2022.
00:21Ia adalah Belanjawan ke-2 di bawah rancangan Malaysia ke-13 RMK13 yang kekal menelusuri tiga tonggak ekonomi madani iaitu
00:31menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai kesejahteraan hidup rakyat dan memacu pembaruan tata kelola pentadbiran negara.
00:38Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan perencanaan Belanjawan 2027 dipandu keseimbangan antara keperluan mendesak jangka pendek bagi melindungi rakyat daripada kesan
00:49krisis tenaga dan kos sari hidup dengan keperluan strategi jangka panjang untuk membina ekonomi yang lebih kompleks dan bernilai tinggi.
00:57Belanjawan yang bertemakan Malaysia Madani menggapai di langit, mengakar di bumi, selari dengan keutamaan pentadbiran Madani bagi memacu pertumbuhan berasaskan
01:07produktiviti dan daya cipta, mempercepat peralihan tenaga, memperkukuh keterjaminan makanan, mengutama digital dan kecerdasan buatan AI serta membangun bakat berkemahiran
01:18tinggi.

Recommended