Skip to playerSkip to main content
  • 24 minutes ago
Bank Pusat Jepun memberi amaran tekanan inflasi di negara itu semakin meluas apabila lebih banyak syarikat mula menaikkan harga barangan pengguna susulan peningkatan kos bahan mentah dan tenaga.
Transcript
00:00Terima kasih, Amzalif. Sementara itu, Bank Pusat Jepun memberi amaran tekanan inflasi di negara itu semakin meluas apabila lebih banyak
00:07syarikat mula menaikkan harga barangan pengguna susulan peningkatan kos bahan mentah dan tenaga.
00:14Dalam laporan suku tahunan yang dikeluarkan hari ini, Bank Pusat Jepun memaklumkan banyak syarikat mengambil langkah memindahkan peningkatan kos operasi
00:23kepada pengguna termasuk kos bahan mentah, tenaga dan tenaga kerja.
00:29Malah, sebagai syarikat kini menaikkan harga produk dengan lebih kerap berbanding sebelum ini berikutan turun naik kos input yang semakin
00:37tidak menentu.
00:39Permintaan yang semakin meningkat terhadap teknologi kercedasan buatan atau AI dilihat merangsang pengeluaran domestik terutama dalam sektor elektronik, mesin, industri
00:49dan infrastruktur telekomunikasi.
00:51Bank Pusat Jepun telah menaikkan unjuran ekonomi bagi dua daripada sembilan wilayah negara itu, manakala lapan wilayah lain mengekalkan momentum
01:00pemulihan sederhana.
01:02Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos termasuk harga bahan mentah yang lebih tinggi akibat konflik di Asia Barat serta
01:09kelemahan nilai yen.
01:11Terima kasih.
01:13Terima kasih.

Recommended