00:00Polis sedang memburu individu yang membuat tempahan sewaan pesawat yang membawa 521 kilogram dadah disyaki metafetamin dari lapangan terbang antarabangsa
00:11Sultan Abdul Aziz Shah Subang ke Luang Prabang, Lau pada awal bulan ini.
00:17Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Husin Omar Han berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pesawat itu disewa dengan bayaran
00:28RM208,000 daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian.
00:35Menurutnya, siasatan lanjut mendapati pemilik syarikat berkenaan seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan polis kira-kira jam 12.30 hari
00:45Rabu di lapangan terbang antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang.
00:50Malah, syarikat penerbangan itu memiliki dua pesawat sama yang menawarkan perkhidmatan sewaan pesawat persendirian kepada pelanggan.
00:57Dalam pada itu, beliau memaklumkan tiga lagi individu turut ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut.
01:05Husin berkata, kesemua mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
01:13Pada 1 Oktober lalu, pihak berkuasa Laos merampas 521 kilogram dadah disyaki metafetamin dalam sebuah jet persendirian yang tiba dari
01:23Subang di lapangan terbang Luang Prabang.
01:25Siasatan mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membuat muatan sebelum tiba di Luang Prabang kira-kira pukul 11.30
01:33pagi.
01:34Kira-kira dua jam kemudian, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat berkenaan.
01:42Susulan kejadian itu, seramai 13 individu termasuk seorang warga Malaysia serta masing-masing rakyat Singapura dan Filipina ditahan.