Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Lawatan rasmi Min Aung Hlaing ke Putrajaya menyaksikan perbincangan mengenai penghantaran pulang warga Myanmar, perlindungan pekerja dan kerjasama ekonomi.
Transcript
00:00Malaysia dan Myanmar bersepakat memperkukuh kerjasama dua hala dalam beberapa bidang utama susulan lautan rasmi Presiden Myanmar, Min Ong Leng,
00:10ke Putrajaya hari ini.
00:12Pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyentuh beberapa perkara yang memerlukan tindakan susulan kedua-dua negara.
00:20Dan untuk perincian lanjut, kita bersama dengan rakan setugas, Sef Akmal di Putrajaya. Sef, boleh teruskan.
00:28Ya, seperti yang dimaklumkan tadi, lawatan rasmi Min Ong Leng hari ini berbola dengan majlis sambutan rasmi di bangunan Perdana
00:34Putrajaya.
00:36Beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata diikuti mesyuarat dua hala bersama Menteri dan Pegawai
00:42Kanan Kerajaan masing-masing.
00:44Perbincangan hari ini bukan hanya tertumpu kepada hubungan diplomatik tetapi juga beberapa perkara praktikal yang memerlukan kerjasama langsung antara kedua
00:51-dua negara.
00:52Menyentuh isu penghantaran pulang, misalnya Datuk Seri Anwar menjelaskan bahawa lebih 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang setakat ini
00:59melalui penerbangan dan kapal tertera laut.
01:01Namun bagi operasi seterusnya, kedua-dua pihak perlu menyelesaikan urusan pengesahan keluarga negaraan, semaikan rekod dan prosedur berkaitan sebelum penghantaran
01:09pulang dapat dilaksanakan.
01:11Malah Presiden Myanmar Min Ong Leng turut menyaklumkan bahawa Myanmar akan menghantar sebuah lagi kapal laut ke Malaysia bagi membantu
01:19operasi berkenaan.
01:19Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan operasi itu belum menyatakan dalam kenyataan media kedua-dua pemimpin sebentar tadi.
01:26Selain itu, satu lagi perkara yang diberi perhatian ialah kedudukan pekerja Myanmar di Malaysia.
01:31Presiden Myanmar menyatakan sumbangan golongan berkenaan terhadap pembangunan ekonomi dan infrastruktur di negara ini.
01:36Justru, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh pelindungan pekerja termasuk keselamatan di tempat kerja, menyentuh juga soal hak pekerja dan
01:45jaminan sosial.
01:47Kerjasama itu juga melibatkan usaha memudahkan kemasukan pekerja melalui saluran yang sah bagi mengelakkan mereka daripada terdedah kepada eksploitasi.
01:54Seperti mana kita tahu bahawasanya perkara tersebut, isu eksploitasi terhadap golongan pekerja, migrant ini seringkali berlaku dan dibincangkan.
02:01Beralih kepada hubungan ekonomi, Myanmar turut menyatakan hasrat untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia, khususnya dalam sektor pertanian, infrastruktur
02:12dan teknologi pengeluaran makanan.
02:13Antara yang disebut ialah kerjasama dalam industri minyak sawit, perusahaan PMKS dan juga ekonomi digital.
02:20Menurut Milong Lang, Malaysia kini merupakan rakan dagang keempat terbesar Myanmar dan pelabur ke sembilan terbesar.
02:26Beliau turut mengelalukan pembatan lebih ramai pemain industri Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan di Myanmar.
02:32Dalam pada itu, isu keselamatan rentas sempadan juga tidak terkecuali.
02:36Kedua-dua negara mahu memperkukuh kerjasama, memantras penipuan dalam talian, jenayah saiber dan pengedaran dadah.
02:42Antara langkah yang dibincangkan yang dikongsi kepada sidang media tadi adalah termasuk pertukaran maklumat, penyelarasan antara agensi, penguatkuasaan dan siasatan
02:50bersama.
02:51Minong Lang turut menyentuh keperluan kerjasama antara pasukan polis dan agensi keselamatan kedua-dua negara secara masa nyata bagi menangani
02:58rangkaian penipuan saiber.
03:00Untuk konteks hubungan diplomatik pula, Datuk Seri Anwar mengakui perkembangan di Myanmar sebelum ini telah memberikan kesan kepada kemajuan hubungan
03:07dua hala.
03:07Namun, beliau menekankan kepentingan meneruskan dialog secara terbuka di samping mengambil kira mekanisme ASEAN dan perkembangan dalaman Myanmar.
03:15Satu lagi perkembangan ialah kedua negara turut membincangkan persiapan menyambut ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia dan Myanmar pada
03:22tahun 2028.
03:24Malah, Minong Lang turut mengambil kesempatan menjemput Datuk Seri Anwar untuk mengadakan lawatan rasmi ke Myanmar.
03:29Jadi, secara keseluruhannya, lawatan hari ini memberi ruang kepada beberapa tindakan sesulan daripada urusan immigration dan perlindungan pekerja sehinggalah kerjasama
03:37ekonomi serta keselamatan.
03:39Namun, apa yang akan menjadi perhatian kepada kita ialah selepas ini ialah sejauh mana kesepakatan yang dicapai dapat diterjemahkan kepada
03:46pelaksanaan khususnya bagi perkara yang melibatkan rakyat di kedua-dua negara yang sekarang hangat diperbincangkan sebenarnya.
03:53Jadi, itu sahaja yang dapat saya sampaikan di Putrajaya bersama jurukamera Wafi Nur Razmi kembali kepada rakan setugas saya di
04:01Pusat Penyeran Asia Bukit Jalil.

Recommended