Skip to playerSkip to main content
Faktor berjauhan daripada keluarga menjadi antara alasan seramai 382 pegawai perubatan gagal melapor diri bagi penempatan tetap di Sabah dan Sarawak selepas tempoh melapor diri tamat pada Rabu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain faktor keluarga, pegawai perubatan turut tidak bersedia bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman serta lebih berminat di fasiliti kesihatan kawasan bandar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799486/berita/nasional/jauh-daripada-keluarga-antara-alasan-doktor-tolak-penempatan-di-sabah-sarawak

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KKM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jumlah pegawai perubatan yang melapor diri di Sarawak adalah 337 orang
00:06daripada 527 orang yang ditawarkan
00:09dan di Sabah adalah 336 orang daripada 528 orang yang ditawarkan
00:16Secara keseluruhannya, peratus pegawai perubatan yang melapor diri di Sabah dan Sarawak adalah 63%
00:25daripada jumlah penempatan yang ditawarkan
00:28meskipun ia merupakan satu perbandingan yang ada sedikit baiknya
00:32berbanding 20-25 iaitu 42% no show ataupun yang gagal melapor
00:42kadar kali ini adalah menurun sebanyak 5%
00:47dengan sedikit kebaikan yang saya tidak rasa selesa dengan prestasi yang sedikit menunjukkan penambahan
00:56ataupun progres peningkatan
00:58alasan untuk menolak tawaran latihan tetap
01:01ramai yang sedia maklumi saya terus butirkan sedikit
01:04satu adalah faktor berjauhan dengan keluarga dan pegawai tidak bersedia untuk bertukar dan berkhidmat di kawasan luar bandar
01:11kedua, pegawai lebih berminat untuk bertugas di fasiliti kesihatan di kawasan bandar
01:16ketiga, pegawai berpandangan tidak mempunyai peluang kerjaya yang baik sekiranya berkhidmat di luar bandar dan pedalaman
01:23keempat, pegawai ingin menjaga ibu bapa dan adik-beradik serta ingin berada berdekatan dengan pasangan
01:29seterusnya, pegawai menghidap masalah kesihatan dan juga pegawai menghadapi masalah logistik, kewangan pribadi serta kos perpindahan yang tinggi
01:40kurang peluang, satu persepsi kurang peluang melanjutkan pengajian kepakarannya jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak
01:47dan akhir sekali kerisauan mengenai hala tujuh kerjaya dan peluang untuk bertukar semula ke tanjung ataupun wilayah asal mereka

Recommended