Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sebarang permohonan kebenaran merancang di sekitar kolam takungan banjir Kuala Lumpur tidak akan diluluskan sehingga memenuhi syarat teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi teknikal berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh Tseow Suan berkata DBKL turut memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan antara agensi bagi memastikan aset tebatan banjir diselenggara serta berfungsi secara optimum.
Transcript
00:00Langkah Pelindungan dan Pemulihan
00:02Satunya, sebarang permohonan kebenaran merancang di sekitar kawasan kolam takungan banjir di sekitar Kuala Lumpur tidak akan diluluskan sehingga syarat
00:12-syarat teknikal yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Seleran Wilayah Persekutuan dan semua jabatan teknikal lain dipenuhi.
00:20Yang keduanya, Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang telah diwatakan iaitu Pelan Struktur KL dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur menggariskan
00:29hala tuju strategik untuk mewatakan semua kolam takungan yang dikenal pasti sebagai kolam takungan banjir dan mengekalkan fungsi kolam sedia
00:38ada yang telah diberi milik untuk dinaik taraf bagi mengurangkan implikasi kejadian banjir di Kuala Lumpur.
00:45Buat masa ini hanya satu lagi dalam proses perwataan.
00:50Jabatan Wilayah Persekutuan telah mewujudkan satu pasukan bertugas task force yang dipengusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan iaitu Dato'
00:58Azmi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi memperkukurkan penyelarasan dan tindakan mitigasi banjir di Kuala Lumpur.
01:07Dan terakhirnya DBKL akan meningkatkan lagi aspek tabik urus dan tata kelola pematuhan syarat pembangunan berkaitan infrastruktur tebatan banjir bagi
01:17memastikan pelaksanaan serta pematuhan terhadap keperluan dan syarat teknikal yang ditetapkan di bawah garis panduan Plan Kerja Tanah dan garis
01:25panduan Plan Kejuruteraan dilaksanakan dengan berkesan.
01:29Sehubungan dengan itu DBKL akan mempertingkatkan lagi kerjasama dan penyelarasan antara semua agensi untuk pastikan semua aset-aset tebatan banjir
01:40ini diurus dan diselenggara dengan teratur dan berfungsi secara optimum.
01:45Terima kasih.

Recommended