00:00Sebanyak 80% ahli kumpulan wang simpanan pekerja KWSP di Sabah mempunyai simpanan di bawah RM50,000.
00:08Pengarah KWSP wilayah Sabah, Muhammad Fadil Sarihan berkata, keadaan itu menjadi antara cabaran utama dalam memastikan rakyat mempunyai simpanan persaraan
00:19yang mencukupi.
00:21Kerana itulah tadi saya sentuh bahawa kalau kita lihat dari segi statistik kita di Sabah, 80% daripada ahli kita
00:28di Sabah ini simpanan mereka di bawah RM50,000.
00:32Jadi inilah yang agak menjadi cabaran kepada kita di Sabah supaya simpanan mereka ini dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
00:40Dan saya juga ambil kesempatan ini untuk ucap banyak-banyak terima kasih khususnya kepada kerajaan negeri Sabah yang Sabah tahun
00:47membantu kita, KWSP,
00:49yang untuk memastikan bahawa rakyat kita di Sabah ini di mana golongan-golongan tertentu dibantu supaya simpanan mereka di KWSP
00:57sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
01:00Muhammad Fadil berkata, berbeza dengan pekerja sektor formal yang mempunyai caruman bulanan secara konsisten,
01:06golongan sektor tidak formal tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membuat caruman kepada KWSP.
01:12Menurutnya lagi, persediaan menghadapi persaraan tidak seharusnya dilihat dari sudut kewangan semata-mata,
01:17sebaliknya turut meliputi aspek kesehatan, tempat tinggal dan keperluan harian.
01:22Sehubungan itu, KWSP mahu memperkukuh kerjasama dengan rakan media dan rakan strategik
01:27bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan persediaan persaraan.
01:32Beliau berkata demikian pada program libat urus media negeri dan pihak berkepentingan bersama KWSP pada Rabu.