Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seramai 673 pegawai perubatan melapor diri di Sabah dan Sarawak daripada 1,056 yang ditawarkan pelantikan tetap, menjadikan kadar lapor diri 63 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara faktor penolakan termasuk jarak keluarga, pilihan bertugas di bandar, kebimbangan peluang kerjaya serta kos dan masalah logistik.
Transcript
00:00Status terkini pelantikan tetap pegawai perubatan. Jumlah pegawai perubatan yang melapor diri di Sarawak adalah 337 orang. Daripada 527 orang
00:12yang ditawarkan. Dan di Sabah adalah 336 orang daripada 528 orang yang ditawarkan.
00:20Secara keseluruhannya, peratus pegawai perubatan yang melapor diri di Sabah dan Sarawak adalah 63% daripada jumlah penempatan yang ditawarkan.
00:32Meskipun ia merupakan satu perbandingan yang ada sedikit baiknya berbanding 20-25 iaitu 42% no show ataupun yang gagal
00:44melapor.
00:46Kali ini adalah menurun sebanyak 5% dengan sedikit kebaikan yang saya tidak rasa selesa dengan prestasi yang sedikit menunjukkan
00:59penambahan ataupun progres peningkatan.
01:02Alasan untuk menolak tawaran latihan tetap, nama yang sedia maklum ini saya terus butirkan sedikit.
01:08Satu adalah faktor perjauhan dengan keluarga dan pegawai tidak bersedia untuk bertukar dan berkhidmat di kawasan luar bandar.
01:15Kedua, pegawai lebih berminat untuk bertugas di fasiliti kesihatan di kawasan bandar.
01:20Ketiga, pegawai berpandangan tidak mempunyai peluang kerjaya yang baik kiranya berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.
01:26Ketiga, pegawai ingin menjaga ibu bapa dan adik-beradik tetap ingin berada berdekatan dengan pasangan.
01:33Seterusnya, pegawai menghidap masalah kesihatan dan juga pegawai menghadapi masalah logistik, kewangan peribadi serta kos perpindahan yang tinggi.
01:43Kurang peluang atau persepsi kurang peluang melanjutkan pengajian kepakarannya jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
01:51Dan akhir sekali, kerisauan mengenai hala tujuh kerjaya dan peluang untuk bertukar semula ke pesananjung ataupun wilayah asal mereka.
01:59Terima kasih telah menonton!

Recommended