Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Rangkuman korporat kali ini menyoroti saham sektor perbankan tempatan mengalami tekanan selepas JPMorgan menurunkan penarafan CIMB Group Holdings Bhd kepada “Underweight” daripada “Neutral”, MMM Group Bhd bakal dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Malaysia pada 12 Oktober 2026, manakala Northern Solar Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM34 juta bagi kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sebuah loji solar fotovolta berskala besar berkapasiti 9.5 megawatt.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saham sektor perbankan tempatan mengalami tekanan selepas JP Morgan menerunkan penarafan CIMB Group Holdings Berhad kepada Underweight daripada Neutral,
00:09manakala AMMB Holdings Berhad diturunkan kepada Neutral daripada Overweight, susulan kebibangan terhadap kenaikan hasil bon jangka panjal.
00:17Saham CIMB ditutup RM37 atau 4.81% lebih rendah kepada RM7.33 selepas menjejah paras terendah 3 bulan,
00:27manakala AMMB susut RM29 atau 4.48% kepada RM6.18.
00:33Indeks perkhidmatan kewangan bursa Malaysia pula jatuh ke paras terendah dalam tempoh 10 bulan.
00:40JP Morgan berkata kenaikan hasil bon jangka panjang boleh memberi tekanan kepada keuntungan dagangan dan kedudukan modal bank
00:47selain meningkatkan kos pembiayaan serta berpotensi menjejaskan pembayaran dividen bagi sesetengah bank.
00:52Dalam kalangan bank Malaysia, CIMB mempunyai pegangan sekuriti terbesar berbanding jumlah aset pada 29%
01:00diikuti AMMB dan RHB Bank Berhad masing-masing 25%.
01:05CIMB turut mempunyai bahagian portfolio hutang yang dinilai pada nilai saksama melalui untung atau rugi
01:12tertinggi pada 27% berbanding Public Bank Berhad pada hanya 3%.
01:20MMM Grup Berhad bakal dikeluarkan daripada senarai rasmi bursa Malaysia pada 12 Oktober 2026
01:26selepas perayuan syarikat itu terhadap penolakan pelan pemulihannya tidak berjaya.
01:31Jawatankuasa Penyaraian Bursa mengkalkan keputusan pada 10 Julai lalu
01:35yang menolak rancangan MMM Grup untuk keluar daripada status nota amalan
01:40selepas mendapati alasan dalam rayuan syarikat tidak mencukupi untuk mengubah keputusan terdahulu.
01:46MMM Grup yang sebelum ini dikenali sebagai Asia Media Group Berhad
01:50berada dalam kategori PN17 sejak Oktober 2019.
01:54Pelan pemulihannya antara lain melibatkan cadangan mengambil alih syarikat peningklanan luar
01:58EDSB Outdoors Nia Berhad pada harga RM16 juta
02:02selain penerbitan hak bersama waran dan penempatan persendirian
02:06bagi pengumpul sehingga RM39.97 juta.
02:10Selepas dikeluarkan daripada senarai bursa,
02:13MMM Grup akan terus beroperasi sebagai syarikat tidak tersenarai
02:16dan meneruskan usaha penyusunan semula syarikat.
02:21Northern Solar Holdings Berhad memperoleh kontrak bernilai RM34 juta
02:25bagi kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentahuliaan
02:30sebuah loji solar photovolta berskala besar berkapasiti 9.5 megawatt.
02:36Kontrak terbaru itu menjadikan jumlah projek solar berskala besar
02:39yang diperoleh kumpulan pada 2026 sekitar RM153.4 juta
02:44selepas meraih kontrak bernilai RM119.4 juta pada Mac lalu.
02:49Buku tempahan belum dibil kumpulan pula berjumlah RM189.3 juta
02:55setakat akhir Jun.
02:57Loji berkenaan dijadual memulakan operasi komersial
02:59selewat-lewatnya 1 Mei 2027 dan dijangka menyumbang secara positif
03:04kepada pendapatan serta aset bersih sesaham kumpulan
03:07bermula tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027.
03:11Pada masa sama penurunan charge access sistem di bawah
03:14paket pemejutan kres kepada RM14 setiap kilowatt jam
03:17daripada RM20 dilihat berpotensi merancatkan pembangunan
03:21projek tenaga boleh berharu dan seterusnya meningkatkan permintaan
03:24terhadap kelimatan EPCC Solar.

Recommended