Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Sebahagian besar daripada pesakit NCD, termasuk diabetes jenis 2, hipertensi, penyakit kardiovaskular dan obesiti, amat dipengaruhi oleh faktor gaya hidup, pemakanan dan persekitaran yang sebenarnya boleh dicegah, dilengahkan atau diuruskan dengan lebih baik.
Transcript
00:00Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan lebih besar kepada pencegahan penyakit dan pembinaan budaya hidup sihat bagi mengurangkan beberapa penyakit tidak
00:09berjangkit atau NCD di negara ini.
00:11Satuan Hospital Swasta Malaysia, APHM, berpandangan perlakatan itu penting bagi memastikan sistem kesihatan negara lebih mampan dalam jangka panjang.
00:21Presiden APHM, Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, sebahagian besar penyakit tidak berjangkit seperti diabetes jenis 2, hipertensi, penyakit kardiovaskular dan
00:32obesiti berpunca daripada faktor gaya hidup yang boleh dijegah atau dikawal lebih awal.
00:38Beliau berpandangan, usaha pencegahan perlu menjadi komponen utama dalam reformasi penjagaan kesihatan negara.
00:43Menurutnya, kerajaan wajar mempertimbangkan langkah fiskal yang lebih tegas bagi mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tidak sihat termasuk cadangan pemansuhan
00:53subsidi gula yang dikemukakan oleh Galen Santa.
00:56Pada masa sama, sumber kerajaan perlu disalurkan bagi menjadikan pilihan gaya hidup sihat lebih mudah diakses dan mampu dimiliki rakyat.
01:04Antara langkah yang dijadangkan termasuk subsidi untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar, makanan yang kurang diproses, program senaman komuniti
01:12serta pendidikan pemakanan.
01:15Beliau berkata, Belanjawan 2027 merupakan peluang untuk membentuk budaya kesihatan yang lebih kukuh dengan amalan hidup sihat diterapkan dalam kehidupan
01:23seharian rakyat.
01:24Dalam aspek pengesanan awal penyakit, EPHM turut mengesyurkan subsidi bersasar dan pembiayaan awam diperluaskan bagi memudahkan akses kepada saringan NCD
01:34dan penjagaan kesihatan pencegahan.
01:37Langkah itu penting terutama bagi golongan yang menangguhkan pemeriksaan kesihatan kerana kekangan kos.
01:43Dr. Gujit turut menegaskan orang ramai tidak seharusnya berasa bimbang mendapatkan diagnosis awal kerana takut ia menjejaskan pelindungan insurans, kejaya
01:51atau aspek kehidupan lain.
01:54Terima kasih telah menonton!

Recommended