Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mahu usul Gaza dibahas di Dewan Rakyat penuh dengan penyertaan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kaukus Palestine Parlimen Malaysia mahu usul berhubung Gaza dibahaskan di Dewan Rakyat penuh dan bukan sekadar dibawa ke kamar khas.
00:08Pengurusnya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kaukus itu berpendirian bahawa isu Palestine perlu diberi ruang perbahasan yang mencukupi dengan penyertaan
00:18ahli parlimen merentasi parti.
00:23Kaukus akan mengemukakan cadangan usul mengenai genocide di Gaza kepada pejabat yang dipertua Dewan Rakyat
00:30serta memohon supaya usul tersebut dijadwalkan untuk perbahasan di Dewan Rakyat pada minggu hadapan ataupun dalam masa yang terdekat.
00:40Kami menyeru supaya masa yang mencukupi diperuntukkan bagi membolehkan perbahasan yang substantif serta penyertaan ahli parlimen merentas parti.
00:52Jika boleh, kami juga menyeru supaya perbahasan ini dilaksanakan di Dewan Rakyat bukan di kamar khas sahaja.
00:59Bagi menjayakan inisiatif ini, kaukus menyeru supaya libat urus yang terselaras diadakan bersama kerajaan serta ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
01:10Usul itu antara lain akan menuntut genjatan senjata berkekalan, perlindungan orang awam serta akses bantuan kemanusiaan yang selamat dan tanpa
01:19halangan.
01:20Ia juga merangkumi penolakan terhadap pemindahan paksa rakyat Palestine, sokongan terhadap proses ICJ dan ICC serta kerang ketindakan Malaysia bagi
01:29pemulihan Gaza.
01:31Kaukus itu turut menyeru orang ramai menyertai himpunan solidariti pada Jumat ini bermula di Menara Tabung Haji sebelum bergerak ke
01:38kedutaan AS.
01:39Terima kasih kerana menonton!
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended