Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
KPDN Pulau Pinang menerima 21 aduan berkaitan kualiti petrol RON95 susulan dakwaan kenderaan mengalami masalah selepas mengisi minyak di beberapa stesen.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup Pulau Pinang menerima 21 aduan berkaitan kualiti petrol Ruan 95,
00:06susulan dawaan kenderaan mengalami masalah selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak di negeri itu.
00:12Pengarahnya S. Jigen berkata kesemua aduan telah diambil tindakan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah berkenaan.
00:21Pegawai KPDN telah menjalankan pemeriksaan di stesen minyak terlibat serta kenderaan milik pengadu.
00:27Sampel petrol daripada kedua-dua pihak turut diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan sama ada bahan
00:36api berkenaan mengandungi air, diesel atau bahan lain.
00:40KPDN kini menunggu keputusan analisis sebelum tindakan sewajarnya diambil berdasarkan hasil siasatan.
00:46Ahad lalu, KPDN Pulau Pinang memaklumkan pemeriksaan awal di sebuah stesen minyak di Batu Kawan mendapati tiada tanda kehadiran air
00:54dalam tangki simpanan Ruan 95.
00:57susulan dawaan yang tular di media sosial.
00:59Isu itu tercetus selepas beberapa individu mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah termasuk gagal dihidupkan selepas mengisi Ruan 95 di beberapa
01:08stesen minyak di Pulau Pinang.
01:10Terima kasih.
01:12Terima kasih.
01:14Terima kasih.
01:14Terima kasih.
01:15Terima kasih.

Recommended