00:00Dua inisiatif baru diperkenalkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia, MyIPO, bagi memudahkan syarikat tempatan untuk mendapatkan pembiayaan berasaskan harta intelek.
00:11Ia merangkumi dana pembiayaan penilaian harta intelek berjumlah RM1 juta serta modul penilaian harta intelek yang pertama di Malaysia.
00:20Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarih Hidup, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata, langkah itu membolehkan nilai harta intelek syarikat
00:29dinilai secara profesional untuk menyokong urusan pembiayaan, pelesenan dan pelaburan.
00:35Dana itu disediakan bagi membantu menampung kos penilaian harta intelek bagi syarikat tempatan terpilih.
00:42Kita telah merintis usaha untuk melaksanakan transformasi kepada MyIPO.
00:51Kita tahu MyIPO merupakan institusi kerajaan yang telah diberikan mandat dan amanah untuk menjadi kastidian kepada usaha pelindungan IP.
01:05Namun kita mahu MyIPO bertindak bukan hanya sebagai pendaftar dan pelindung kepada IP tetapi juga untuk menggerakkan transformasi dalam aspek
01:19pengkomersialan IP.
01:21Kerana kita tidak mahu IP ciptaan daripada inovator tempatan kita itu hanya berakhir di makmal dan hanya berlegar kepada nilai
01:36ekonomi tradisional semata-mata.
01:38Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan IP Convex 2026 di Kuala Lumpur pada Rabu.
01:44Jelas Armizan, inisiatif kedua pula bertujuan menyeragamkan kaedah penilaian selain membangunkan tenaga pakar penilai harta intelek tempatan.
01:54Langkah itu bagi membantu syarikat pemula serta perusahaan kecil dan sederhana PKS berasaskan teknologi yang mempunyai harta intelek.
02:03Tetapi berdepan kekangan mendapatkan pembiayaan kerana tiada cakaran fizikal.