Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Barisan Nasional kekal dengan pendirian mempertahankan 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dimenanginya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Transcript
00:00Barisan Nasional BN kekal dengan pendirian mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi sebelum ini pada pilihan raya negeri
00:09PRN Melaka.
00:10Pengurusi BN Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof bagaimanapun mengakui rundingan pertukaran kerusi dengan rakan strategik sedang dilakukan bagi memperkukuh
00:21persiapan menghadapi PRN kali ini.
00:26Abdul Rauf menegaskan 21 kerusi berkenaan kekal sebagai garis sempadan BN Melaka dan tidak akan dikompromi.
00:35Namun pada masa sama beliau mengesahkan terdapat beberapa kerusi yang sedang dirunding untuk pertukaran menerusi keedah cross swap bersama rakan
00:45strategik.
00:47Itu sudah terang dari Dagi Bersulung.
00:52Itu adalah satu garis sempadan yang telah saya suarakan.
00:57Maka kita sedang berunding untuk mempertahankan 21 kerusi dan ada beberapa kerusi yang sedang kita rundingkan untuk dipanggil cross swap.
01:11Tapi tetap 21.
01:13Setiap kata orang kampung dulu, Pak Cupak tetap satu gantang.
01:17Dalam hari itu, Abdul Rauf berkata BN Melaka masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang mampu memberi nilai
01:26tambah dan menyumbang kepada pembentukan pasukan lebih kukuh.
01:30Katanya keputusan mengenai rakan strategik BN akan dipersembahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk diputuskan secara rasmi.
01:39Beliau turut memaklumkan pengumuman mengenai rakan strategik berkenaan akan dibuat sebelum hari penamaan calon.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended