Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Defisit fiskal Malaysia dijangka mengecil kepada RM76 bilion atau 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 daripada anggaran 3.5 peratus pada 2026.

Dalam nota penyelidikan pada Rabu, Apex Securities Bhd berkata, ini sekali gus memastikan kerajaan terus berada di landasan untuk mencapai sasaran jangka sederhana 3.0 peratus menjelang 2028.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Devisit fiskal Malaysia dijangka mengecil kepada RM76 bilion atau 3.3% daripada keluaran dalam negara kasar KDNK pada 2027
00:10daripada anggaran 3.5% pada 2026.
00:14Dalam menotau penyelidikan pada Rabu, Apex Securities Berhad berkata, ini sekaligus memastikan kerajaan terus berada di landasan untuk mencapai sasaran
00:24jangka sederhana 3% menjelang 2028.
00:27Menurut Apex Securities, belanjawan 2027 dijangka kekal mengembang secara sederhana tetapi terkawal dengan tumpuan kepada sokongan bersasar untuk isi rumah,
00:39mengekalkan disiplin fiskal dan pelaburan yang meningkatkan produktiviti.
00:43Anggaran dalaman Apex Securities menunjukkan hasil kerajaan berjumlah RM383.3 bilion pada 2027 meningkat 5.5% tahun ke tahun,
00:56manakala perbelanjaan mengurus dijangka meningkat 4.6% kepada RM378.4 bilion.
01:04Perbelanjaan pembangunan kasar pula diunjurkan sebanyak RM82.4 bilion berbanding RM80 bilion pada 2026.
01:15Firma Broker Saham itu berkata, belanjawan 2027 dijangka mengimbangi tiga objektif iaitu menyokong isi rumah, memperkukuh kapasiti pertumbuhan Malaysia dan
01:26mengekalkan disiplin fiskal.
01:28Firma itu tidak menjangkakan cukai baru yang meluas dengan perkara utama perlu diberi perhatian termasuk penerapan ciri terpilih cukai barang
01:37dan perkhidmatan GST dalam rangka kerja cukai jualan dan perkhidmatan SST, peluasan pengecualian SST, penggunaan e-invoice lebih meluas setegaris
01:47masa pelaksanaan cukai karbon.

Recommended