00:00Kenya mengesahkan kes Ebola pertama yang dibawa masuk dari luar negara ketika penularan penyakit itu semakin meningkat di Republik Demokratik
00:09Kongo atau DRC.
00:10Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB berkata pihak berkuasa Kenya berjaya mengenal pasti, mengasingkan dan menjalankan ujian ke atas kes berkenaan
00:19dengan segera.
00:23Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO bersama rakan-rakan untuk membantu Kenya memperkukur persediaan dan usaha menangani wabak itu.
00:30Di Kongo pula, usaha membendung penularan terus dipertingkatkan terutama di wilayah Ituri dan North Kivu yang menyumbang lebih 94%
00:37kes baharu.
00:39PBB memberi amaran sekatan pergerakan di beberapa jalan utama di North Kivu bagi mengawal wabak boleh menjejaskan akses bantuan kemanusiaan
00:46serta operasi pasukan kesihatan.
00:48Sementara itu, UNICEF memaklumkan lebih 1,900 kanak-kanak kehilangan seorang atau kedua dua ibu bapa atau penjaga atau terpisah
00:56daripada mereka sejak wabak Ebola diisytiharkan pada MI.
00:58Wabak itu bukan sahaja menjejaskan kesihatan kanak-kanak malah turut memberi kesan besar terhadap kehidupan dan hubungan kekeluargaan mereka.