Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ahli Parlimen mendesak tindakan susulan terhadap teguran audit, termasuk isu Pan Borneo Sabah dan LCS serta pihak yang perlu bertanggungjawab.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertama pembahasan laporan Ketua Audit Negara Siri 2 2026 menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat pada Rabu mendesak teguran audit disusuli
00:09dengan tindakan dan accountability terhadap pihak bertanggungjawab.
00:13Antara yang mendapat perhatian ialah keliwatan projek PAN Borneo Sabah serta projek kapal tempur pesisir LCS termasuk persoalan kos, kesiap
00:22-siagaan kapal dan siasatan terhadap pihak yang terlibat.
00:29Antara yang jelas dalam fasa awal perbahasan hari ini ialah ahli-ahli parlimen tidak hanya mengulangi dapatan audit tetapi banyak
00:35mempersoalkan apa tindakan yang diambil selepas kelemahan itu dikenalpasti.
00:39Untuk mengenai isu PAN Borneo Sabah misalnya, persoalan yang dibangkitkan bukan sekadar mengapa projek itu lewat tetapi mengapa masalah yang
00:47pernah ditegur sebelum ini masih berulang dan belum diselesaikan.
01:20Ialah penguat kuasa akan terus berdiam dan tidak tindakan.
01:24Baik itu dia tadi. Tapi kalau kita lihat pula keseluruhan fasa awal perbahasan, LCS antara icu yang paling banyak mendapat
01:31perhatian.
01:32Beberapa ahli parlimen mempersoalkan kelewatan penyerahan kapal, peningkatan kos serta kesiap-siagaan sistem persenjataannya.
01:38Malah persoalan yang timbul ialah sama ada ukuran kejayaan projek ini sekadar kapal dapat diserahkan secara fizikal ataupun kapal itu
01:46benar-benar mempunyai keupayaan untuk digunakan sebagai aset tempur.
01:50Timah Speaker, kita nak satu kapal tempur LCS tetapi kita bakal terima sebuah Titanic gah pada rupa dan nama tetapi
01:59belum mempunyai keupayaan tempur penuh yang dijanjikan.
02:01Rakyat bayar untuk satu kapal yang boleh mempertahankan negara. Keupayaan tempur mesti jadi ukuran kejayaan projek ini.
02:09Dan perbahasan mengenai LCS ini kemudian bergerak kepada persoalan yang lebih besar iaitu siapa yang perlu bertanggungjawab selepas projek itu
02:16berlarutan merentasi beberapa pentadbiran.
02:19Kita ambil contoh di mana ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mahukan siasatan tidak hanya tertumpu kepada pegawai tentera sepatu
02:27-patu tetapi turut melihat pihak lain yang terlibat dalam rantaian pentadbiran dan perolehan sepanjang projek itu berjalan.
02:35Jadi akhirnya, Tuan Haji Pertua, jangan general-general saja yang disiasat diherit ke mahkamah, dituduh.
02:45Setakat ini, Panglima Tentera Deraarat diherit ke mahkamah.
02:50Panglima Angkatan Tentera diherit ke mahkamah.
02:53Dan saya lihat lima menteri pertahanan dari dulu sampai sekarang dan KSU ini bukannya maksum, bukannya malaikat.
03:02Siasat mereka.
03:03Siasat mereka. Bawa mereka ke mahkamah.
03:06Baru kita dapat tahu.
03:08RCI ini lambat, leceh.
03:09Jadi kalau mahu dirumuskan fasa awal perbahasan pada sebelah pagi tadi, benang merahnya ialah soal tindakan dan accountability.
03:18Dan ahli-ahli Parlimen mahu teguran dalam laporan ketua audit ini tidak sekadar berhenti sebagai dapatan di atas kertas.
03:24Tetapi disusuri pembetulan siasatan jika perlu dan penjelasan mengenai siapa yang perlu bertanggungjawab.
03:31Dan perbahasan masih diteruskan dengan keseluruhannya 31 ahli Parlimen dijangka pada sebelah petang disenaraikan untuk mengambil bahagian.
03:39Baik, itu sahaja. Sekian daripada saya, Saf Hakma melaporkan dari Parlimen.
03:42Kembali kepada rakan setugas saya di Pusat Penyarahan Asia, Bukit Jalil.
03:46Pusat Penyarahan Asia

Recommended