Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus pada suku kedua 2026, menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun itu sebanyak 5.7 peratus.

Pertumbuhan berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil cukai sebanyak 9 peratus kepada RM129.6 bilion sehingga Jun 2026, berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk makluman balik yang berhormat, Kerajaan Persekutuan menerima hasil cukai langsung dan cukai tidak langsung yang masing-masing dikutip oleh
00:09Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kustom di Raja Malaysia.
00:14Data kutipan hasil cukai setiap tahun boleh disemak melalui penyata kewangan Kerajaan Persekutuan yang ditebikan oleh Jabatan Akaunter Negara Malaysia
00:24atau dalam Dokumen Ekonomi Malaysia Suku Tahunan serta tinjauan fiskal dan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan yang ditebikan oleh Kementerian Kewangan.
00:34Bagi tahun 2026, pertumbuhan ekonomi Malaysia merekodkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua sebanyak 6% berbanding suku pertama
00:44sebanyak 5.4%
00:46meskipun negara berdepan dengan kejutan rantaian bekalan global yang menjejaskan ekonomi dunia.
00:53Pencapaian suku kedua ini menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun 2026 sebanyak 5.7%.
01:01Sekaligus meletakkan ekonomi Malaysia pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 4% hingga 5% bagi tahun
01:112026.
01:11pertumbuhan ini disokong oleh kekuatan permintaan domestik yang terus menjadi penampan kepada tekanan luaran prestasi ekspor elektrik dan elektronik
01:26yang menggalakkan serta pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pembuatan.
01:32Malaysia turut mencatat lebihan dagangan berjumlah RM84 bilion,
01:37iaitu lonjakan ketara sebanyak 449.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025.
01:46Selaras dengan pertumbuhan ekonomi tersebut,
01:48kutipan hasil cukai sehingga Jun 2026 turut meningkat sebanyak 9%,
01:54iaitu RM129.6 bilion berbanding RM119.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2025.
02:09peningkatan hasil ini disumbangkan antaranya oleh kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi
02:17serta kutipan cukai jualan dan cukai perkhidmatan,
02:19terutamanya dari sektor makanan dan minuman, perkhidmatan insurans serta logistik.
02:25Kerajaan komited untuk mencapai sasaran kutipan hasil cukai bagi keseruhan tahun 2026
02:31berjumlah RM343.1 bilion.
02:35Pertumbuhan ekonomi makro yang stabil dijangka terus memberi kesan positif kepada peningkatan kutipan cukai.
02:42Langkah reformasi pencukaian yang bersasar turut berperanan untuk memastikan
02:47mekanisme kutipan hasil yang lebih efektif dan menjadi asas dalam membina kepercayaan pelabur,
02:54kestabilan ekonomi serta daya saing negara.

Recommended