00:00Kepada penama yang lain juga bertanya, berhubung perkara ini ingin saya tegaskan bahawa KPWKM berpegang teguh dengan pendirian bahawa penjagaan
00:10terbaik bagi warga emas adalah di samping keluarga tersayang.
00:14Kementerian sentiasa memberi penekanan kepada prinsip penjagaan berasaskan keluarga ataupun family based care dengan izin dan menerapkan konsep penuaan setempat
00:25ataupun aging in place.
00:26Mesej kerajaan adalah jelas, tanggungjawab menjaga warga emas bukanlah beban yang dipindahkan sewenang-wenangnya, sebaliknya institusi kekeluargaan merupakan benting utama
00:37penjagaan.
00:38Manakala kemasukan ke institusi jagaan warga emas adalah jalan terakhir selepas semua usaha sokongan di peringkat keluarga dan komuniti dibuat.
00:48Kerajaan bukan hanya menyediakan bantuan dan sokongan menerusi KPWKM dan JKM sahaja, tetapi perkhidmatan kerajaan ini turut disampaikan melalui pelbagai
01:00kementerian dan agensi agar warga emas dapat terus menua dengan sejahtera.
01:05Selamat dan bermartabat di kediaman mereka sendiri bersama ahli keluarga.
01:10Terima kasih telah menonton!