Skip to playerSkip to main content
AGC tolak representasi bekas pemimpin GISBH gugur 331 kes AMLA RM38.1 juta

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan representasi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) serta tiga bekas akauntan syarikat itu untuk menggugurkan 331 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan lebih RM38.1 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin.

Semasa prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim, Datin Fatimah Zahari, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, susulan keputusan berkenaan, pihak pendakwaan memohon supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan terhadap semua tertuduh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799042/berita/semasa/agc-tolak-representasi-bekas-pemimpin-gisbh-gugur-331-kes-amla-rm38-1-juta

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #GISBH
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara menolak permohonan bekas CEO GISBH serta tiga bekas akaunten syarikat itu untuk menggugurkan 331 petuduhan pengubahan wang
00:11haram membabitkan lebih RM38.1 juta di Mahkamah Session Sya'alam pada Isnyan.
00:17Semasa proseding pengurusan kes dihadapan hakim, Datin Fatimah Zahari, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraf Adrin Kamarul berkata, susulan keputusan berkenaan
00:27pihak pendakwaan memohon supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan terhadap semua tertuduh.
00:33Mereka ialah bekas CEO Nasiruddin Muhammad Ali, 67 tahun serta tiga bekas akauntennya iaitu pasangan suami isteri Asmat atau Asmanira
00:43Muhammad Ramli, 46 tahun dan Muhammad Husyairi Osman, 55 tahun serta Hamimah Yaakob, 74 tahun.
00:51Mendengar keputusan terbabit Peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh berkata pihak pembelaan akan menghantar representasi kedua kepada AGC
01:01bulan depan.
01:01Beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes bagi status representasi berkenaan pada Januari tahun depan.
01:09Mahkamah menetapkan perbicaraan kes bermula 26 hingga 28 April, 28 hingga 30 Jun dan 6 hingga 8 Julai 2027.
01:19Mengikut semua petuduhan mereka didakwa menerima dan memindahkan hasil daripada aktiviti haram melalui beberapa akaun antara 2020 hingga 2024.
01:29Nasiruddin berdepan 77 petuduhan manakala Hamimah dengan 95 petuduhan, Muhammad Husyairi pula berdepan 91 petuduhan dan Asmat atau Asmanira sebanyak
01:4068 petuduhan berjumlah RM4,688,205.
01:46Satusin.
Comments

Recommended