00:00Berdasarkan perkembangan terkini yang dimaklumkan kepada saya, PDRM sedang menjalankan siasatan dan beberapa orang murid telah ditahan bagi membantu siasatan.
00:10Seorang daripada mereka turut direman bagi membolehkan siasatan diteruskan.
00:15Saya juga mahu mengambil kesempatan untuk membetulkan ada maklumat yang sedang beredar mengenai kes ini dan ia adalah tidak benar.
00:24Sebagai contoh, ada dakwaan mengatakan mangsa disirit dari surau ke dewan, tempat kejadian serta dakwaan cermin pecah di surau. Jadi
00:37ini semua tidak benar.
00:38Jadi saya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu. Kita sedang bercakap tentang seorang anak yang telah meninggal dunia,
00:47sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan.
00:53Jadi jangan kita menambah luka dengan spekulasi.