Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Presiden Masoud Pezeshkian menerima peletakan jawatan Mohsen Paknejad ketika perang Iran-Amerika Syarikat terus menekan ekonomi negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Minyak Iran Mohsen Pak Nejad meletakkan jawatan atas alasan peribadi ketika perang tujuh bulan antara Iran dan Amerika Syarikat
00:08terus memberi tekanan terhadap ekonomi Republik Islam itu.
00:11Media kerajaan melaporkan Ketua Pegawai Zekitif Syarikat Minyak Nasional Iran Hamid Bouvard dilantik sebagai pemangku Menteri Minyak.
00:20Timbalan komunikasi pejabat Presiden berkata Mohsen sudah lama mengemukakan perletakan jawatan atas alasan peribadi.
00:26Menurutnya, Presiden masuk pesisikian akhirnya menerima perletakan jawatan itu selepas Mohsen bertegas dengan keputusannya.
00:33Mohsen memegang jawatan Menteri Minyak Negara anggota OPAC itu sejak Ogos 2024.
00:38Sebelum pengundurannya diumumkan, beliau dipetik sebagai berkata hasil daripada penjualan minyak Iran masih diterima dan dijangka berterusan.
00:45Penggantinya Hamid Bouvard sebelum ini mengetuai Syarikat Minyak Nasional Iran, sebuah syarikat milik kerajaan yang memainkan peranan utama dalam pengurusan
00:52industri minyak negara itu.
00:53Pengunduran Mohsen berlaku ketika Teheran berusaha mengekalkan aliran hasil penjualan minyak di tengah-tengah tekanan ekonomi akibat konflik berpanjangan.

Recommended