00:00Tiga angkasawan misi Shenzhou-23 meneruskan eksperimen sains, penyelenggaraan peralatan dan pemeriksaan kesihatan di stesen angkasa Tianggong sepanjang minggu lepas.
00:12Menurut agensi angkasa lepas berawak Cina CMSA, kru menggunakan spektrometer raman untuk menganalisis komponen metabolik dalam sampel air kencing selain
00:22mengkaji mikrobiota dan metabolisma nutrisi.
00:27Mereka juga meneliti aktiviti otak serta penyesuaian manusia dengan mesin ketika melaksanakan beberapa tugasan serentak.
00:36Pencahayaan kabin pula diubah bagi menguji kesannya terhadap persepsi psikologi dan kecekapan bekerja.
00:42Dalam bidang fizik mikrograviti, kru memasang modul eksperimen zarah inertia, menggantikan sampel eksperimen fizik bendalir dan menyelenggara elektron.
00:53Kerja penyelenggaraan turut melibatkan pemeriksaan sistem sokongan hayat, penggantian komponen mengikut jadual serta pembersihan rutin kabin.
01:02Bagi memantau kesihatan, angkasawan menjalani imbasan ultra bunyi leher, pengukuran ketumpatan tulang dan jisim badan selain pemeriksaan tekanan intraocular serta
01:12fundus mata.
01:13Misi diketuai Komanda Zhu Yang Zhu bersama Zhang Zhiyuan dan Lai Ka Ying yang dilancarkan pada lewat 24 Mei lalu
01:23dan kini berada di orbit selama lebih empat bulan.
01:26Terima kasih.
01:27Terima kasih.