Skip to playerSkip to main content
BN masih terbuka bekerjasama dengan PH bagi PRN Melaka, namun keputusan akhir dengan gabungan mana yang akan menjadi rakan BN akan diputuskan selepas mesyuarat SPR pada 7 Oktober.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Barisan Nasional masih terbuka untuk berbincang dengan Pakatan Harapan
00:03untuk menghadapi pilihan raya negeri Melaka.
00:06Presiden Amnon, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengesahkan
00:09perbincangan sudah diadakan dengan PH dan PAS
00:11namun kerjasama yang akan dimuktamadkan
00:14masih belum diputuskan.
00:19Kami masih terbuka dengan berbincang dengan Pakatan Harapan.
00:22Kami sangat terbuka.
00:25Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata keputusan mengenai gabungan
00:28atau bentuk persefahaman yang akan dipilih BN
00:31dijangka hanya dimuktamadkan selepas mesyuarat
00:34Suruhanjaya Pilihan Raya SPR pada 7 Oktober.
00:38Dan selepas itu akan ada pengumuman untuk memuktamadkan
00:44dengan gabungan mana yang harus kita pergi bersama
00:47atau mengadakan jalinan persefahaman
00:53untuk kita bergerak dalam pilihan raya negeri Melaka.
00:58Mengulas mengenai penggunaan logo PAS pada PRN Melaka,
01:02Ahmad Zahid berkata perkara itu belum dibincangkan secara rasmi
01:05namun menjangkakan PAS lebih selesa menggunakan logo sendiri.
01:11Tambahnya BN dan parti komponennya pula akan kekal
01:15menggunakan logo barisan nasional.
01:18Ahmad Zahid turut menyatakan di peringkat akar umbi,
01:22jendera khususnya di pusat daerah mengundi akan digerakkan bersama
01:25walaupun BN masih belum memutuskan rakan kerjasama.

Recommended