Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Peningkatan jumlah murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh dalam penyediaan sokongan pendidikan. Ketua Program Pendidikan Khas UKM, Dr. Mohd Norazmi Nordin berkata keperluan MBPK tidak boleh ditentukan berdasarkan nisbah guru dan murid semata-mata kerana setiap murid mempunyai tahap sokongan yang berbeza.
Transcript
00:00Jumlah murid berkeperluan pendidikan khas MBPK di Malaysia terus menunjukkan peningkatan saban tahun sekaligus menimbulkan persoalan,
00:08sama ada pendekatan menilai keperluan berdasarkan nisbah guru dan murid masih relevan pada masa kini.
00:15Menurut Ketua Program Pendidikan Khas Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dr. Mohd. Azmi Nordin,
00:20setiap MBPK mempunyai tahap keperluan dan sokongan yang berbeza, justru penentuan sumber tidak seharusnya bergantung kepada angka semata-mata.
00:31Jadi bila kita menentukan nisbah guru kepada murid ini hanya berdasarkan kepada angka,
00:38ianya menjadi tidak relevan dan ianya saya boleh katakan seperti kita menidakkan keperluan ataupun hak MBPK itulah
00:46kerana kita menentukan hanya pada apa yang kita nampak dan bukan kepada apa yang kita tak nampak yang berlaku dalam
00:54kelas.
00:56Jelasnya keperluan MBPK tidak boleh dinilai berdasarkan bilangan murid semata-mata kerana setiap murid memerlukan tahap sokongan yang berbeza
01:03mengikut kategori dan tahap ketidakupayaan masing-masing.
01:07Tambahnya pendekatan berasaskan nisbah semata-mata boleh menyebabkan keperluan sebenar murid tidak dapat dipenuhi secara menyeluruh.
01:14Jadi antara perkara yang mungkin kita boleh buat adalah kita petakan keperluan murid tadi bukan setakat pemetaan kepada nilai ataupun
01:24angka jumlah murid
01:25tetapi petakan keperluan khidmat sokongan yang diperlukan, apa yang diperlukan, apa bahan yang diperlukan, kelas yang macam mana, saiz kelas,
01:35berapa guru yang diperlukan.
01:37Beliau berkata demikian dalam awan ini pagi pada Sabtu.

Recommended