Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kajian SEAFIC dedahkan isi rumah Lembah Klang sebulan dari krisis kewangan; gesa skor kredit mesra gig dan integrasi perumahan-transit awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, walaupun kadar kemiskinan tegak negara berjaya diturunkan ke paras 0.09%,
00:08sebahagian besar isi rumah di Lembah Kelang dilaporkan masih hidup dalam keadaan tertekan dan hanya selangkah daripada krisis kewangan.
00:18Kajian terbaharu Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara Sifik mendedahkan ketidaktentuan kos harian seperti makanan dan pengangkutan,
00:26memberi bebanan besar kepada gulungan B40 dan M40 bandar.
00:35Kajian bertajuk The Urban Squeeze itu menggariskan empat pembaharuan dasar utama,
00:41ia termasuk mengiktiraf pendapatan pekerja gig dalam peraturan skor kredit pembangkan
00:46serta memperluas bantuan makanan kepada pembelian hasil segar di pasar basah.
00:52Laporan bersama Pusat Keterangkuman Sosial MySDG, MySDG CSI itu turut menekankan
00:59keperluan penyediaan laluan pesijilan profesional yang mampu milik
01:03bagi graduan serta integrasi perumahan bersama rangkaian transit awam yang andal.
01:10Mengulas dapatan berkenaan, pengerusinya Tengku Datu Sri Zafrul Abdul Aziz menegaskan
01:15rakyat tidak meminta bantuan percuma sebaliknya menuntut sistem institusi modern
01:20yang menyokong realiti kehidupan harian mereka.
01:24Jelas beliau jangkaan munasabah itu merangkumi pihak bank yang mampu
01:27mengiktiraf pendapatan pekerja gig, bantuan yang membolehkan pembelian makanan
01:32bernutrisi serta pengangkutan awam yang boleh diharap.
01:37Jelasnya penggubalan dasar yang berkesan perlu bermula dan membina institusi
01:42berpandukan corak pendapatan serta cara hidup masyarakat masa kini.
01:47Kajian kualitatif itu dijalankan menerusi perbincangan kumpulan fokus tertutup
01:52bersama 15 wakil komuniti lembah kelang merangkumi graduan,
01:58ibu tunggal, pekerja gig dan warga emas.
02:00berfikir
02:00kata-kata-kata
02:01kata-kata
02:01Terima kasih kerana menonton!

Recommended