Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan status tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran isu dokumentasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Dato' Suri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan status tujuh
00:10pemain warisan yang dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA ekoran isu dokumentasi.
00:17Presiden FAM Dato' Ebi Ghani Hassan berkata pertemuan itu penting bagi mendapatkan penjelasan daripada KDN mengenai sebarang persoalan, mandangkan perkara
00:27berkaitan kewarganegaraan dan pengeluaran pasport berada di luar bidang kuasa badan induk bola sepak itu.
00:37Menurutnya pertemuan itu juga bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung status pemain warisan.
00:43Ebi Ghani menegaskan tujuh pemain berkenaan ketika ini tidak boleh mewakili skuad kebangsaan berikutan keputusan FIFA yang tidak membenarkan mereka
00:52beraksi untuk Malaysia.
00:55Ebi Ghani bagi pihak FAM turut memohon maaf kepada seluruh penyokong bola sepak negara.
01:00Beliau berkata permohonan maaf itu adalah merujuk kepada keadaan yang telah dilalui oleh seluruh penyokong bola sepak negara, susulan kemelut
01:09yang berlaku.
01:10Pada 26 September 2025, FIFA sahkan FAM dan tujuh pemain warisan negara didapati melanggar Artikel 22 Kod Tata Tertib FIFA
01:21FDC berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.
01:24Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda kira-kira RM1.8 juta, menekala setiap pemain didenda sekitar RM11,000, serta digantung
01:35daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended