00:00Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM menggerakkan sebanyak lebih 12,000 anggota bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau MTL 2026-2027
00:11termasuk memperkukuh kesiapsiagaan aset operasi darat, air dan udara di seluruh negara.
00:17Pegarah Bahagian Pengurusan Bencada dan Operasi APM Muhammad Azhar Mujab berkata, bagi operasi darat, sebanyak 997 aset termasuk lori dan
00:27kenderaan pacuan empat roda disediakan bagi memastikan pergerakan anggota, penghantaran bantuan dan operasi menyelamat dapat dilaksanakan dengan pantas, khususnya di
00:37kawasan yang terjejas akibat banjir.
00:41Menurutnya, APM turut menyediakan 895 aset operasi air yang terdiri daripada bot bersaiz besar dan kecil bagi menghadapi kemungkinan peningkatan
00:51paras air serta keperluan pemindahan mangsa di kawasan yang dinaiki air.
00:56Bagi memperkukuh pemantauan, sebanyak 27 drone turut digunakan untuk mendapatkan gambaran keadaan di kawasan berisiko sebelum, semasa dan selepas kejadian.
01:07Beliau berkata demikian pada program Sinergi Media Madani 2026 di Ibu Negara yang diadakan bagi memberikan maklumat awal kepada para
01:15pengamal media berhubung kesiapsiagaan APM menjelang MTL 2026-2027.
01:22Muhammad Azhar berkata MTL 2026-2027 dijangka berlaku hujung Oktober bagaimanapun info rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
01:33Penugasan 12,927 anggota itu terbahagi kepada 5 zon utama dalam negara iaitu zon utara 1,757 anggota, zon tengah
01:452,210, zon selatan 1,703, zon timur 3,108 dan zon borneo sebanyak 4,149 anggota.
01:57Keseluruhan kesiapsiagaan itu mencerminkan pendekatan APM yang memberikan tumpuan kepada persediaan menyeluruh bukan sahaja ketika bencana berlaku tetapi juga melalui
02:07pemantauan dan tindakan awal di kawasan berisiko.
02:11Terima kasih telah menonton!