Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Negara memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan semangat, kefahaman dan ilmu untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab besar dalam memacu pembangunan Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Negara memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan semangat, kefahaman dan ilmu untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab besar dalam memacu pembangunan
00:12Malaysia.
00:13Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata, bakat dan ciri kepimpinan belia seperti itu amat penting dalam menepani pelbagai cabaran
00:20serta dinamika tadbir urus negara yang bersifat kompleks dan rencam.
00:26Anwar Ibrahim juga Menteri Keuangan berkata, pendedahan secara terus kepada Jenderal Pentadbiran berupaya memberikan kefahaman holistik berhubung langskap tadbir urus
00:36yang perlu meimbangi kepelbagaian latar belakang masyarakat, wilayah serta tuntutan rakyat.
00:42Tambah beliau program ini adalah peluang untuk para peserta bersama melihat hal-hal berkaitan kementerian, jabatan dan perbahasan di Parlimen.
00:50Perdana Menteri berkata, walaupun kebanyakan peserta ditugaskan di kementerian khusus, pemahaman mereka terhadap jenderal pentadbiran tidak seharusnya terhad kepada kementerian
01:00berkenaan semata-mata.
01:02Sebaliknya perlu merangkumi skop yang lebih meluas.
01:05Sehubungan itu, Perdana Menteri mencadangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan inisiatif berkenaan dengan memberikan ruang kepada peserta mempelajari skop tugas di kementerian
01:14lain sepanjang tempoh empat bulan program berlangsung.
01:17Anwar turut menggesa peserta Madani Fellowship menguasai ilmu, meneliti sesuatu isu secara mendalam serta memanfaatkan sepenuhnya peluang pendedahan yang diberikan
01:28sepanjang program.
01:29Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malis Penyerahan Peserta Program Madani Fellowship 2026 di Putrajaya pada Rabu.
01:36Sebanyak 76 belia berusia antara 23 hingga 29 tahun terpilih menyertai program empat bulan itu dengan penempatan di pelbagai kementerian
01:46dan agensi kerajaan bagi memberikan pendedahan secara langsung mengenai dasar serta sistem pentadbiran negara.
01:53Program Madani Fellowship yang dijenamakan semula daripada fellow perdana susulan keputusan Jemaah Menteri pada 26 Jun lalu ialah inisiatif pembangunan
02:02kepimpinan belia yang berkonsepkan mentor menti bersama barisan kepimpinan tertinggi negara dalam memahami selok-belok takbir urus awam.
02:10Terima kasih telah menonton!

Recommended