00:00MIMOS Berhad menampilkan lebih 26 teknologi merentasi 5 seksor strategik menerusi MIMOS Teknologi Preview MTP 2026.
00:11Inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan hasil pendidikan tempatan dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada industri dan negara.
00:22Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan MIMOS Berhad Dr. Zulaika Khadim berkata pembangunan teknologi kini tidak lagi tertumpu kepada pencapaian dalam makmal
00:31semata-mata.
00:32Sebaliknya teknologi yang digabungkan digerakkan ke arah penggunaan sebenar bagi memberikan impak kepada masyarakat dan ekonomi negara.
00:41Ketika kita bersama, kita boleh pastikan bahawa teknologi kita ini masih relevan apa yang pengguna mahukan dan juga kita kena
00:51pastikan bahawa dia bukan sahaja relevan, responsif dan juga bila katakan nak transform dari R&D kepada aplikasi di luar
01:00sana akan lebih mudah.
01:02Dengan adanya pembangunan teknologi di MIMOS juga, kita juga menyokong usaha kerajaan itu untuk membina bakat-bakat R&D lokal
01:13ataupun tempatan di samping membina teknologi-teknologi tempatan supaya negara kita ini lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan.
01:25Jelasnya lebih 26 teknologi yang dipamerkan merangkumi bidang pembuatan pintar, pertanian pintar, bandar pintar, penjagaan kesihatan dan teknologi kepercayaan.
01:37Semua bidang tersebut diselaraskan dengan aspirasi pembangunan negara di bawah rancangan Malaysia ke-13, R&K 13.
01:45Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Solution Sendirian Berhad, Wan Ahmad Jafri Wan Abdul Aziz berkata, antara teknologi yang ditampilkan
01:54ialah MyKidsAlert.
01:56Sistem keselamatan pintar itu dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di sekolah dan pusat pendidikan awal.
02:03MyKidsAlert ini dibangunkan sebagai satu sistem untuk kita memantau keselamatan terutamanya di sekolah dan juga di pusat tarikau contohnya.
02:18Dan ianya dibangunkan dengan menggunakan dua teknologi asas daripada lab kami, iaitu number plate recognition ataupun pengecaman number plate kenderaan
02:30dan juga facial recognition ataupun teknologi pengecaman wajah.
02:34Jadi dua teknologi ini digabungkan untuk menghasilkan satu aplikasi yang boleh digunakan untuk kita memantau keselamatan, terutamanya keselamatan kanak-kanak.
02:45Dan buat masa ini, aplikasi ini telah mencapai tahap projek rintis di mana kami telah melaksanakan projek ini, sistem ini
02:57di kita punya MIMOS Early Education Center.
03:01Pelancaran MTP 2026 itu membawa tema Teknologi Beyond Boundaries, Advancing Malaysia's Technology Frontier,
03:09selaras aspirasi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam teknologi mendalam, inovasi dan daya saing global.
03:17Majlis itu menghimpunkan pelabur, firma modal teroka, institusi kewangan, syarikat berkaitan kerajaan GLC
03:24serta pemain industri bagi meneroka peluang pelaburan, kerjasama dan pengkomersialan teknologi tempatan.