- 9 minutes ago
Ikuti ulasannya bersama Dr. Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya (UM).
Category
🗞
NewsTranscript
00:06Assalamualaikum dan salam sejahtera, pantau agenda reformasi jam ini bersama saya Farhan Hakimi.
00:11Di jam ini kita akan bincangkan mengenai apa strategi ataupun percaturan yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan PH
00:18dalam membendepani pilihan raya negeri PRN Melaka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
00:24Tetapi sebelum kita memasuki kepada perbincangan, saya akan membacakan beberapa laporan yang berkaitan dengan PRN Melaka
00:32antaranya Perikatan Nasional PN sudah menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ROS
00:38bagi mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan logo pada pilihan raya negeri PRN Melaka.
00:43Setiausaha agungnya Datuk Seri Takiuddin Hassan berkata surat itu sudah dihantar pada Isnin dan pihaknya kini menunggu maklum balas ROS.
00:52Dalam surat yang sama, PN turut menuntut penjelasan dan buktiran aduan dibuat bersatu
00:57yang mendakwa wujud pelanggaran perlempagaan gabungan itu oleh kepimpinan baharu PN.
01:03Menurut Takiuddin, surat yang dihantar itu turut meminta ROS memberikan penjelasan
01:09mengenai bentuk aduan yang dikemukakan oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu terhadap PN.
01:16Beliau yang juga setiausaha agung PAS berkata, gabungan itu bersedia menggunakan logo Parti Komponen masing-masing
01:22jika penggunaan logo PN tidak dibenarkan.
01:26Katanya, sama ada Parti Komponen PN akan menggunakan logo Parti lain pada PRN Melaka nanti ia akan dibincangkan selepas ini.
01:34Pada 24 September lalu, ROS dilapor menggantung semua kegiatan PN melalui perintah dikeluarkan
01:40mengikut subseksyen 13-2A Akta Pertubuhan 1966 Akta 832
01:47bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.
01:54Antara lain Pakatan Harapan, PH Melaka mengesahkan pembahagian kerusi antara parti komponennya
02:00bagi menghadapi pilihan raya negeri PRN sudah selesai.
02:04Pegerusi PH Melaka Adli Zahari berkata susunan akhir akan dimuktamadkan
02:09selepas perbincangan melibatkan Majlis Presiden PH, PH Negeri dan pengarah pilihan raya PH,
02:15Datuk Seri Amiruddin Syari.
02:18Menurutnya, pembahagian kerusi yang dipersetujui di peringkat negeri
02:22kekal buat masa ini termasuk peruntukan 8 kerusi kepada Parti Amanah Negara.
02:27Katanya perkara itu sudah dalam perhatian Amiruddin sebelum dibawa ke peringkat tertinggi gabungan
02:33untuk dimuktamadkan dengan perkembangan lanjut dijangka diumumkan minggu depan.
02:38Adli menambah strategi PH bagi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan
02:42selepas laporan pembahagian kerusi diselesaikan.
02:47Don Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubahkan 23 September lepas
02:51bagi memberi laluan PRN diadakan.
02:54Semasa PRN Melaka ke-15 yang diadakan pada 20 November 2021,
03:00BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi
03:06manakala PH menang 5 kerusi dan Perikatan Nasional PN 2 kerusi.
03:17Saya akan bersama dengan seorang tetamu yang tidak asing lagi bersama dengan Israwani,
03:21Dr. Muhammad Taufik Yaakob, Pencarah Kadang Jabatan Sains Politik,
03:25Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan Universiti Melayu yang sudah pun bersedia secara dalam talian.
03:31Pertama sekali, Dr. terima kasih kerana sudi bersama Israwani untuk jambi ini.
03:34Kalau kita lihat PH melalui satu episod ataupun pengalaman kehilangan kuasa
03:39dalam beberapa siri pilihan raya negeri PRN yang lalu dengan terbaharu di negeri sembilan.
03:45Bagaimana, Dr. membaca proses strategik rekalibrasi mungkin yang sedang berlaku dalam PH?
03:52Apa bentuk mungkin perubahan dari segi percaturan kerusi,
03:56pemilihan calon dan pendekatan kempen yang mungkin kita boleh jangkakan
04:00untuk PRN Melaka kali ini?
04:04Ya, terima kasih Farhan dan Israwani 501.
04:07Sudah semestinya pilihan raya yang telah berlalu sebelum ini
04:12misalnya di negeri Sabah, kemudiannya di negeri Johor
04:16dan berakhir di negeri sembilan baru-baru ini
04:19dan akan disambungkan kepada pilihan raya negeri Melaka tidak lama lagi.
04:25itu merupakan siri-siri pihan raya yang sebenarnya memberi satu pengajaran
04:31ataupun bagi saya perlu dipertimbangkan oleh parti-parti politik sama ada mereka
04:37yang kalah ataupun menang untuk merangka ataupun mengenal pasti kembali
04:42langkah-langkah ataupun strategi politik yang boleh memberikan kelebihan
04:47ataupun meningkatkan kemenangan, pilihan kursi dan bagi parti yang pernah menang sebelum ini
04:53mendapat momentum di negeri Johor, negeri sembilan
04:56sudah tentunya di negeri Melaka ini mereka mahu mengekalkan
04:59yang momentum tersebut khususnya bagi barisan nasional.
05:02Namun bagi Pakatan Harapan, saya menilai tentang bagaimana perkembangan politik
05:08semasa itu perlu dilihat dalam konteks yang berbeza dan lihat semula apa yang berlaku di Sabah, Johor dan ke sembilan
05:17itu
05:17sebagai satu turning point kepada perubahan, strategi dan tidak semestinya
05:23Pakatan Harapan perlu bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang sebelum ini kita dengar
05:29ada bersatu ingin berbincang, berunding dan kemudiannya ada parti-parti politik yang lain juga berminat
05:36untuk berundingan Pakatan Harapan. Namun bagi saya dengan apa yang dimiliki oleh Pakatan Harapan
05:41khususnya di negeri Melaka dan berdasarkan kepada apa yang telah berlaku di negeri-negeri
05:48yang kena menjalankan perayaan sebelum ini, maka dalam konteks dengan Melaka
05:52perlu ada satu pertimbangan perundingan yang betul-betul boleh memberi kemenangan
05:57bukan sekadar menghantar calon di semua 28 kursi tetapi pada waktu yang sama
06:02dengan memastikan bahawa kursi-kursi khusus ataupun memfokuskan kursi-kursi
06:08tentu supaya tidaklah berulang kembali apa yang boleh kita katakan pengalaman
06:13yang tidak baik yang pernah menimpa Pakatan Harapan di negeri Sabah, Johor dan ke sembilan sebelum ini
06:19bagi saya kerjasama itu pada Pakatan Harapan perlu lihat dalam konteks solo hybrid
06:26iaitu bagaimana untuk mencari mengenal pasti rakan-rakan yang boleh memberi
06:32tawaran kursi, perundingan, pertukaran kursi kerana kita lihat di negeri Melaka
06:37Pakatan Harapan hanya memiliki lima kursi iaitu di Dunai Kerung, Katil, Kesindang, Kota Lasmana dan Bandar Hilir
06:46dan dalam kelima lima kursi tersebut hanya amanah sahaja yang mengekalkan
06:52kelukan di hidung wukit katil selebihnya itu kepada DAP
06:56jadi bagi saya kawasan yang agak bandar dan kawasan campuran ini
07:00sudah semestinya mendapat sokongan besar daripada pengundi-pengundi yang terdiri
07:06daripada pengundi campuran dan itu merupakan satu perkara yang biasa, klisye
07:12yang kita lihat daripada beberapa pilihan raya yang lalu namun pada waktu yang sama
07:16perlu juga menilai tentang peralihan 10 hingga 15% ya undi bukan Melayu
07:22yang boleh bergerak berdasarkan kepada isu-isu semasa kepentingan dan manfaat
07:27yang mereka mungkin hilang sebelum ini tetapi masih lagi dominasi oleh pengundi-pengundi
07:34yang sebenarnya masih memberi sokongan kepada Pakatan Harapan namun faktor
07:39sabotaj, faktor tidak keluar undi, outstation voters itu perlu diberi
07:43pertimbangan yang begitu besar oleh Pakatan Harapan dan dalam konteks
07:47menentukan tarikh pilihan raya juga mestilah tepat pada waktunya
07:51misalnya selepas ya tarikh pembayaran gaji ataupun hujung bulan itu
07:55perkara-perkara perlu dibincangkan oleh parti yang sedang berkuasa
08:00yang ada lokas tenai untuk memastikan bahawa mereka dapat laba
08:05ataupun manfaat daripada pilihan raya yang akan diadakan jaringan Melaka
08:08kerana kita faham jaringan Melaka ini kekuatan dasarnya itu akan
08:13umbinya bersama Barisan Nasional dan pada pada konteks perbincangan
08:17politik Barisan Nasional pun jaringan Melaka mereka sudah sedia
08:20dengan poster boy dan sudah ada empat timbalan poster boy iaitu YB
08:25Akmal, YB Helmi, YB Dira dan kemudiannya bekas Ketua Menteri, YB
08:30Sulaiman Ma'ali itu mereka pada bila-bila masa boleh dijadikan
08:34peganti kepada Datuk Seri Utama Raof Yusof tapi dalam konteks
08:39Apakata Harapan sejauh mana mereka menyediakan pemimpin
08:42mentor yang boleh menyayangi Barisan Nasional dalam konteks
08:45PRR yang lagi melakuk dalam tempohan terdekat ini
08:48Ya kalau kita lihat dari beberapa siri PRN yang lepas mungkin ada
08:53perkara yang mungkin boleh dipelajari oleh PH supaya tidak lagi
08:58diulangi dan mungkin boleh dijadikan pedoman untuk PRN
09:01Melaka kali ini dan juga ada pandangan yang mengatakan bahawa
09:03politik identiti itu yang sebenarnya menggagalkan strategi dan
09:08juga momentum PH terutamanya di Negeri Sembilan dan juga Melaka
09:12ini termasuk pandangan daripada tokoh politik daripada gabungan
09:16PH itu sendiri tetapi adakah doktor berpendapat yang sama adakah
09:20doktor melihat politik identiti itu menjadi antara faktor yang mungkin
09:23membataskan keberkesanan strategi kempen PH dalam menembusi
09:29kelompok pengundi khususnya pengundi Melayu?
09:33Ya yang pertama perlu lihat sejauh mana populasi pengundi berasal
09:38dan kaum di setengah kawasan yang mereka bertanding itu buat
09:42kanca yang mendalam pergi ke peringkat lapangan kemudian
09:45dia bekerjasama mungkin dengan ahli-ahli akademik
09:48pengundi politik ataupun mereka yang pakar dalam konteks pilihan
09:51raya itu yang pertama dan yang kedua politik Malaysia tidak dapat
09:56lari tidak daripada dua elemen ini iaitu kaum dan agama. Maka
10:01kalau ada parti-parti politik ya kita lihat ada semangat ada agenda
10:08untuk memecahkan ya penguasaan dua elemen ini dalam kalangan
10:13pengundi dan rakyat Malaysia mengurusia penubuhan parti
10:16pelbagai kaum yang kita lihat ada PKR dan kemudiannya pada hari ini
10:20kita lihat ada parti bersama tetapi bagi saya penerimaan rakyat dan
10:24pengundi di Malaysia tentang parti pelbagai kaum ini masih lagi jauh dan
10:29mereka juga menilai prestasi yang pernah dipertontonkan ketika
10:35pemimpin yang berada dalam kedua-dua parti ini ketika mereka
10:38berada dalam kerajaan. Bagi saya mahu tidak mahu akhirnya perlu ya
10:43juga untuk menggunakan elemen-elemen seperti yang saya
10:46sebutkan sebentar tadi iaitu agama dan kaum sebagai rencah utama
10:52dalam konteks untuk memenangi ataupun konteks untuk mempengaruhi
10:56pengundi-pengundi yang berada di kawasan-kawasan itu memang kuat
11:00tentang agamanya, kuat tentang kaumnya dan tidak dapat lari daripada
11:06perbincangan kedua-dua elemen tersebut. Bagi saya yang paling penting
11:09iaitu bagaimana untuk mengawal dan menyederhanakan penggunaan
11:13kedua-dua elemen ini supaya tidak termasuk dalam konteks elemen 3A
11:18kerana di Melaka ini yang kita faham ya 2R itu memang agak terpakai dan
11:23dalam konteks pemerintahan feudal di Melaka itu berbeza berbanding dengan
11:28negara-negara lain kerana ada hierarki kebenarnya kemudian
11:32ketua menterinya meskipun tidak memberi satu orang kata sempias yang besar
11:37kepada sistem feudal tetapi bagi saya yang paling utama iaitu bagaimana
11:43menggunakan pendekatan ataupun tools ini dengan sederhana kerana perlu
11:47faham tentang realiti masyarakat di upawah masih lagi yang berpegang
11:52kepada dua elemen yang sangat penting dan sukar untuk kita kaburkan
11:57ataupun sukar untuk kita kikis elemen tersebut daripada kalangan
12:01masyarakat. Namun pada waktu yang sama kena gunakan bagaimana prestasi
12:05pencapaian yang pernah dipertontonkan di peringkat pusat dan di
12:09peringkat negeri sebelum ini di bawah Pakatan Harapan juga kerana
12:13Pakatan Harapan pernah merayui kerajaan Melaka sebelum ini. Namun pada
12:17waktu yang sama akibat berlakunya peralihan pentadbiran parti yang telah
12:21berpindah daripada satu gabungan yang betul sama. Akhirnya berbalik semula
12:26kepada pentadbiran pemerintahan barisan nasional. Namun pada waktu yang sama
12:30saya yakin jika digabung jalinkan prestasi agama dan kaum dengan konteks
12:36yang sederhana bagi saya mana-mana parti politik yang ada di negara ini
12:40mampu untuk memastikan bahawa mereka masih lagi ada pengaruh dalam
12:44masyarakat. Dan yang keduanya jangan ketepikan kempen secara fizikal kerana
12:49bagi saya kempen ini perlu ada dua kaedah iaitu kaedah media sosial dan
12:53kaedah fizikal. Banyak parti politik yang menggunakan kaedah media sosial
12:57tetapi pada waktu yang sama mereka lupa bahawa kaedah fizikal juga
13:00dapat menentukan perasaan, emosi dan pada waktu yang sama sekaligus
13:05mampu untuk melongkarkan ataupun dapat menggoyahkan sokongan
13:11kecenderungan politik yang boleh berubah akibat daripada sentuhan
13:15emosi, psiki politik yang sangat penting di pinggat akar umbi.
13:19Ya melihat kepada keputusan PRN pada 2021 yang lalu di Melaka, DAP dan
13:25Amanah menjadi penyumbang kerusi kepada PH. DAP 4, Amanah 1.
13:30Manakala PKR seperti yang kita tahu tidak menang satu pun. Jadi sejauh
13:34mana PKR sebenarnya mempunyai ruang untuk kembali bersaing dalam PRN
13:38kali ini?
13:40Ya kita jangan lupa bahawa di negeri Melaka PKR mengikuti parlimen.
13:45Sudah semestinya unsur-unsur kemenangan di peringkat parlimen.
13:49Misalnya di Hantuah Jaya yang dimenangi oleh saudara Adam Atli itu
13:53perlu disebarkan, perlu dipertontonkan bahawa inilah bukti bahawa
13:59masih ada lagi ya kekuatan ataupun masih ada lagi pengaruh di
14:04kawasan-kawasan tertentu misalnya di parlimen yang diwakili oleh
14:08saudara Adam Atli. Maka bagi saya tidak hilang sepenuhnya.
14:12Namun pada waktu yang sama kita juga lihat baru-baru ini sudah
14:15diadakan kongres khas juga di Melaka walaupun kita faham yang dekat-dekat
14:20Raya ini parti-parti politik akan memilih negeri-negeri tertentu untuk
14:24mengadakan perimpunan ataupun kongres. Namun itu sebenarnya bertitik
14:29langsung kepada bagaimana mereka melihat masih ada lagi sokongan di
14:33kawasan-kawasan berkenaan. Bagi saya jangan terus putus asa ataupun pada
14:38waktu yang sama gunakan kelebihan sebagai ahli parlimen itu yang
14:43diwakili oleh Adam Atli supaya mereka dapat mencetuskan gelombang
14:47ataupun momentum yang boleh memihak kepada PKR itu sendiri dan bagi saya
14:51tidak mustahil kepada PKR untuk menambahkan bilaian kursi yang
14:57meningkatkan prestasi di Melaka kerana PKR telah melalui
15:01pelbagai kuasa sama ada kuasa rendah ataupun kuasa tinggi
15:05ataupun pernah sebelum ini hanya menang satu kursi parlimen di
15:09Dewan Rakyat. Itu sebenarnya sejarah politik yang perlu dipertonton
15:13yang perlu dijadikan sebagai batu loncatan kepada Jenderal, kepada
15:17parti-parti politik khususnya kepada PKR itu untuk menaikkan semula
15:21semangat mereka untuk bertanding dalam Pian Raya Negeri Melaka yang
15:24akan datang. Kerana Pian Raya Negeri Melaka ini Pian Raya yang
15:27terbuka, Pian Raya platformnya itu kepada semua semua parti yang ada
15:31dan pada waktu yang sama kita juga lihat bagaimana satu hari ini juga
15:35telah menyatakan bahawa mereka mungkin akan pergi solo
15:38jadi saya lihat gambaran PRU-16 yang akan datang itu ada
15:43dalam konteks menjelang PRN Negeri Melaka dalam tempoh yang terdekat.
15:48Baik, kita mungkin akan bincangkan mengenai kemungkinan
15:51persefahaman politik yang akan diwujudkan antara
15:54Bersatu dan juga Pakatan Harapan tapi kita perlu berhenti
15:58berehat seketika kita kembali selepas ini.
16:07Baik, masih lagi membincangkan mengenai strategi yang akan
16:10digunapakai oleh Pakatan Harapan menjelang pilihan Raya Negeri
16:13Pian Raya Melaka yang akan mungkin berlangsung dalam masa yang
16:16terdekat dan saya bincangkan perkara itu bersama dengan Dr.
16:19Muhammad Taufik Akub, Pencarah Kanan Jabatan Sains Politik,
16:22Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan UM.
16:26Baik, kita bincang mengenai mungkin strategi PH tetapi
16:30antara perkara-perkara lain yang mungkin banyak dibincangkan
16:35dalam kalangan pengamat politik dan sebagainya adalah
16:37mengenai kemungkinan persefahaman politik yang akan
16:40diwujudkan di antara Bersatu dan juga Pakatan Harapan dan
16:43melihat kepada perkara itu saya ingin mungkin memetik salah satu
16:46kenyataan yang dikeluarkan oleh penganalisis politik yang
16:48mengatakan dalam konteks kerjasama dengan PH mungkin fungsi
16:51bersatu dia bukan untuk gantikan kekuatan PKR amanah
16:54ataupun DAP tetapi dia berpotensi melengkapkan profil
16:58gabungan tersebut di kawasan yang mempunyai komposisi
17:00pengundi Melayu yang lebih tinggi.
17:02Bagaimana doktor melihat perkara itu?
17:04Adakah Bersatu masih lagi mempunyai kelebihan ataupun
17:07masih lagi appealing untuk pengundi Melayu ini?
17:11Yang pertama agak sukar kepada Bersatu itu untuk menjadi
17:16parti yang bergerak solo dalam PRN Naki Melaka kerana kita
17:21lihat sebenarnya apa yang berlaku di Negeri Sembilan 23 calon daripada
17:2524 yang bertanding dalam PRN Negeri Sembilan itu mereka hilang
17:29deposit dan adakah Parti Bersatu ingin kembali mencipta sejarah hitam
17:36yang sama di Negeri Melaka sedangkan apa yang berlaku di Negeri Johor
17:40Negeri Sembilan itu tidak memberikan satu kelebihan apabila mereka
17:43bergerak solo itu yang pertama. Yang kedua tentang adakah Pakatan Harapan
17:48ataupun pemimpin-pemimpin dalam parti komponen Pakatan Harapan
17:52bersedia untuk merimut semula Parti Bersatu ketika Parti Bersatu
17:56pada waktu sebelum ini pernah berada dalam kabungan tersebut
17:59akhirnya keluar daripada kerajaan dan menyebabkan kerajaan tersebut
18:03runtuh pada beberapa tahun yang lalu. Maka pengalaman Negeri yang
18:08sebelum ini sebenarnya menyebabkan pemimpin Pakatan Harapan
18:12berhati-hati tentang mungkin rundingan perbincangan yang boleh
18:16dilaksanakan secara bersama sama ada secara serius ataupun
18:20tidak rasmi melibatkan Parti Bersatu. Namun saya ingin nasihatkan
18:25bahawa bersatu atau bersama mereka tidak boleh bergerak solo.
18:29Mereka perlu cari gabungan politik untuk bekerjasama kerana politik
18:33di Malaysia ini politik pemafakatan dan itu memerlukan
18:37kerjasama dengan gabungan parti politik yang besar dan bagi saya
18:40yang penting iaitu rundingan demi rundingan sebelum penamaan calon itu
18:44perlu dilangsungkan, perlu dijalankan supaya mereka tidak berhadapan
18:50dengan pihak raya yang penuh misalnya gelombang politik yang besar
18:54memihak kepada sama ada Pakatan Harapan ataupun barisan nasional
18:58di Melaka. Jangan terlalu sombong untuk bergerak solo. Jangan terlalu
19:02angkuh dan bongkar untuk melihat oh sokongan dalam ada Malaysia tentu
19:07maka mereka percaya bahawa oh ombak ataupun gelombang besar bersama
19:12dengan bersatu ataupun parti bersama. Kena lihat secara realitinya
19:15kerana yang hadir dalam ceramah ataupun di sesi-sesi pertemuan
19:20ataupun perbincangan antara jentera, ahli-ahli itu bersama pemimpin
19:25itu tidak menggambarkan kekuatan secara keseruahan yang mereka boleh dapat
19:30daripada pengkak agak umbil. Maka saya lihat yang paling utama iaitu bagaimana
19:34perundingan kursi itu perlu diadakan ya biarlah bertolak ansur
19:39antara satu sama lain parti-parti politik misalnya di peringkat don
19:43boleh bertolak ansur antara satu sama lain dan di peringkat parlimen nanti
19:47maka agahlah kursi berdasarkan kepada kekuatan ataupun
19:51persepahaman yang boleh dipolohi. Jangan tamak kursi semata-mata
19:55hanya untuk menunjukkan bahawa parti mereka itu ada kekuatan yang palsu
19:59kekuatan yang tidak boleh memberi satu imej yang besar bahawa mereka
20:04boleh terjemahkan kekuatan sebut dalam kemenangan kursi dalam pilihan
20:08rakyat negeri Melaka yang akan datang. Bagi saya pemimpin-pimpin kursinya
20:11daripada bersatu kena pandang jauh, kena pandang secara keseruahan
20:16tentang kekuatan mereka dan jangan hanya sekadar turun seketika di Melaka
20:21bersama dengan mali-mali tertentu maka mereka sudah istihar ada kekuatan yang
20:26besar, ada kekuatan yang boleh menumpangkan gabungan politik yang besar
20:29itu salah itu dalam konteks perkiraan dan percaturan politik yang
20:33dimainkan atau yang diaturkan oleh setengah pemimpin yang hanya
20:36percaya kepada ilusi politik semata-mata.
20:41Menarik ya apa yang Dr. Ulas mengenai sejarah kerjasama mereka yang
20:45mungkin disifatkan oleh sebahagian pemimpin politik Pakatan Harapan
20:48sebagai episod ngeri dan ya dalam PRU 14 kalau kita lihat bersatu mempunyai
20:54tokoh seperti Tunok Temahadi Mohamad dan juga YB Said Saddiq yang
20:58mungkin memberikan parti itu daya tarikan merentas segmen penghuni
21:02Melayu termasuk kelompok Melayu yang mungkin tidak secara tradisinya
21:06bersatu pada ketika itu. Tetapi seiring berjalannya waktu konfigurasi
21:11politik itu sudah pun berbeza dan dalam konteks PRN Melaka kali ini
21:15tanpa bergantung kepada political capital tokoh-tokoh tersebut apa aset
21:23politik yang masih boleh dimanfaatkan bersatu untuk menembusi
21:28kawasan majoriti Melayu dan melengkapkan kekuatan PH kalau
21:31katalah persefahaman politik ataupun kerjasama itu diwujudkan dan
21:35apa naratif yang akan dimainkan oleh bersatu pada kali ini?
21:39Aset bersatu dah dibawa lari ke parti politik yang lain.
21:43Pemimpin-pemimpin yang kita lihat Dato' Sri Hamzah, kemudian Dato' Sri
21:48Saifuddin Abdullah, Wan Saifuddin Wanjan, ramai lagi bekas-bekas
21:51pemimpin bersatu itu yang telah membawa boleh saya katakan aset
21:55bersatu itu ke dalam parti wawasan. Maka kemerusutan bersatu itu
22:00begitu jelas dalam politik parti bersatu pada hari ini dan saya
22:04lihat bersatu hari ini bukan bersatu ori lagi, bukan bersatu
22:08original lagi yang ada dalam konteks arena politik Malaysia kerana
22:13kita lihat penyeberangan pemimpin-pemimpin yang sebelum dipecat
22:18ataupun sudah keluar daripada parti misalnya daripada PKR masuk
22:22dalam bersatu, kemudiannya dia menjadi pemimpin tertinggi dalam
22:26bersatu itu sendiri sama ada dalam konteks Tiuswa Agong ataupun
22:30nenek presiden dan kemudian bekas-bekas presiden yang bekas-bekas
22:34pemimpin yang sudah keluar daripada bersatu bukan sekadar menunggukan
22:38parti wawasan, ada pecahan parti pejuang. Jadi saya lihat
22:42kemerusutan yang begitu sukar dihadapi oleh parti bersatu hari
22:46ini bagaimana mampu untuk mencetuskan satu momentum yang
22:50boleh dikatakan untuk menggantikan parti politik Melayu lain
22:53misalnya untuk menggantikan UMNO ke, untuk menggantikan PASnya
22:56ataupun menggantikan AMAN lah kerana mereka berhadapan ya
23:00bersatu berhadapan dengan kesukaran yang begitu serius dan
23:03bagi saya perlu ada satu strategi politik yang baru bukan
23:07sekadar hanya memfokuskan tentang pengundi-pengundi Melayu tetapi
23:11pada waktu yang sama, bersatu kena lebih terbuka lihat tentang
23:15bagaimana untuk membuka parti tersebut dengan lebih luas kepada
23:19pengundi ataupun ahli-ahli pemimpin bukan Melayu bukan sekadar
23:23cawangan, bukan sekadar sayap kecil tetapi luaskan peranan ya
23:29sayap bukan Melayu itu bersekutu itu untuk memperlihatkan bahawa
23:34bersatu itu cakna tentang perkembangan politik yang baru bukan
23:38sekadar hanya fokus kepada undi Melayu ataupun serpihan ataupun
23:43sekilintir pengundi bukan Melayu. Pada waktu yang sama kita kena
23:46sedar sebagai parti politik. Ada masanya dalam konteks konsep
23:51parti politik itu parti merosot, parti meningkat naik. Itu bergantung
23:55kepada pemimpin, bergantung kepada agenda, bergantung pada sejauh mana
23:59mereka mampu meraih sokongan dan mempengaruhi pengundi-pengundi.
24:02Namun pada waktu yang sama mesti tetapkan kembali arah tuju
24:07dan bagaimana untuk berhadapan dengan berbagai cabaran politik
24:11ujian politik yang lebih mencabar selepas ini khususnya kepada
24:14bersatu. Sebelum ini bersatu mempunyai beberapa buah negeri
24:18yang dikuasai oleh partinya termasuklah hari ini di negeri
24:21Perlis hanya sekadar menjadi menteri besar dan SQSQ dan saya
24:25lihat apa yang berlaku di Perlis itu sekadar parti yang
24:30maju kerajaan yang tidak ada kekuatannya walaupun menteri
24:34besar daripada bersatu tetapi sejauh mana karismatiknya
24:38menteri besar ataupun bagaimana kekuatan parti bersatu yang
24:42menguasai secara keseluruhan politik di Perlis tak ampak itu.
24:46Jadi masalahnya bukan kepada masalah di Perlis tapi masalah itu
24:50parti bersatu ke arah mana selepas ini adakah seperti akan
24:54berhadapan seperti mana yang dialami oleh parti-parti
24:57politik Melayu sebelum ini misalnya berjasa putera yang
25:00hanyut dibawa oleh aliran politik yang teras dan akhirnya
25:04akan terkubur pada suatu masa nanti jika tidak ada satu
25:08panduan yang jelas, halatunjuk yang jelas tentang bagaimana
25:11masa depan mereka untuk dalam arena politik negara pada masa
25:15akan datang.
25:16Ya akhir sekali doktor sebelum kita menutup perbincangan kita
25:18sekiranya PH mencatat kejayaan ataupun sebaliknya gagal
25:23memperbaiki kedudukannya dalam PRN Melaka pada kali ini.
25:26Apa makna politik yang lebih besar disebalik keputusan tersebut
25:30terhadap masa depan gabungan itu dalam konteks kemandirian politik?
25:37Sudah semestinya perlu lihat tu sampian raya yang berlangsung
25:41daripada Sabah sampai Negeri Sembilan dan kemudian Negeri Melaka
25:44selepas ini sebagai satu indikator penting kepada Pakatan Harapan
25:48untuk menilai secara mana dasar ataupun prinsip ataupun
25:54percakapan pemimpin mereka itu mampu mempengaruhi pengundi
25:58ataupun sebaliknya.
25:59Kerana pengundi di peringkat akaun B mereka mahukan perkara-perkara
26:02asas dapat diselesaikan dengan begitu tuntas drastik.
26:07Misalnya isu harga barang.
26:08Pergilah ke kedai-kedai.
26:10Pergilah ke pasar raya.
26:11Ada setengah pasar raya harga barang A berbeza dengan harga barang B.
26:16Kedai A berbeza dengan kedai B.
26:18Maka itu isu utama yang perlu diselesaikan.
26:22Kerana politik perut rakyat itu perlu dijaga dengan begitu baik oleh
26:26mana-mana kerajaan, mana-mana parti yang memperintah negara.
26:29Yang kedua tentang flip-flop pemimpin.
26:31Jangan kita kemukakan alasan-alasan yang tidak munasabah.
26:35Misalnya kita lihat ada pemimpin menyatakan bahawa mereka ingin letak jawatan
26:39jika satu peristiwa itu berlaku.
26:41Tetapi kemudiannya datang pula alasan yang lain iaitu apabila balik ke rumah
26:46kena tahanan rumah barulah surat letak jawatan tersebut berfungsi.
26:50Apa ini kepada pemimpin-pemimpin?
26:53Rakyat tak boleh hadam tentang perangai, tentang sikap pemimpin-pemimpin
26:56yang flip-flop, yang seolah-olah mencari alasan dan rakyat bijak hari ini
27:01menilai tentang bagaimana prinsip, bagaimana kekuatan ataupun bagaimana
27:07proses reformasi yang perlu digerakkan dengan lebih drastik.
27:10Bukan bertingkat ataupun berperingkat lagi kerana rakyat sudah menunggu
27:13empat tahun, rakyat sudah menunggu hampir peneraya umum ke-6an akan datang
27:18dan peneraya-peneraya negeri ini sebagai indikator yang perlu diterjemahkan
27:22oleh pemimpin-pemimpin sebagai penilaian ataupun sebagai apa sahaja
27:28yang boleh digunakan untuk menentukan prestasi.
27:32Dan akhirnya kalau tidak lakukan satu perubahan yang drastik, kita bimbang
27:36rakyat akan memberi satu jawapan yang begitu tidak mengembirakan
27:41dalam rakyat umum ke-6an akan datang.
27:43Baik, kita ucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd Taufiq Aqob, Pencarahkanan
27:47Jabatan Sains Politik Pentadbiran Awam dan juga Pengajian Pembangunan
27:50Universiti Melayu UM yang sudah pun mengulas mengenai strategi yang akan
27:53digunakan oleh Pakatan Harapan di negeri Melaka menjelang pilihan raya negeri
27:57PRN dan tentunya lebih banyak lagi yang akan kami bawakan mengenai PRN
28:03dan juga perkembangan strategi yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan
28:07menjelang PRN Melaka nanti.
28:09Sekiranya itu saja dapat saya bawakan dalam pantau agenda reformasi jam ini.
28:13Saya Farhan Hakimi, salam hormat.