Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Malaysia menyasarkan peningkatan eksport produk sawit bernilai tinggi ke India, termasuk oleokimia dan ramuan makanan, susulan permintaan kukuh terhadap minyak sayuran di negara pengimport utama itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia menyasarkan peningkatan ekspor produk sawit penilai tinggi ke India bagi memanfaatkan permintaan kukuh terhadap minyak sayuran di negara itu.
00:09Menteri Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, tumpuan bukan lagi terhad kepada ekspor minyak sawit mentah, sebaliknya meliputi
00:17pelbagai produk nilai tambah.
00:20Noraini berkata, India kekal menjadi antara pasaran terpenting bagi industri sawit Malaysia.
00:27Berdasarkan data rasmi, India mengimport lebih 2.26 juta tan minyak sawit Malaysia, mewakili hampir 18% daripada keseluruhan pengeluaran
00:38negara.
00:39Jumlah itu menunjukkan peningkatan 40% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:44Jelasnya, Malaysia mahu memperluas perdagangan produk bernilai tinggi seperti oleokimia, lemak khusus ramuan makanan dan produk penjagaan diri.
00:54Menurutnya, strategi itu mampu meningkatkan nilai ekspor dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.
01:02Pada masa sama, Malaysia melihat peluang untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan India.
01:07Susulan usaha negara itu memperluaskan penanaman kelapa sawit melalui misi nasional minyak makanan kelapa sawit.
01:13Noraini berkata, Malaysia mempunyai pengalaman lebih satu abad dalam industri sawit meliputi pembiak bakaan, pembangunan ladang, pemprosesan dan pengeluaran mampan.
01:25Mengulas prestasi industri, Noraini berkata pengeluaran sawit Malaysia mencecah 12.6 juta tan dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini.
01:34Pengeluaran keseluruhan tahun pula dijangka mencapai kira-kira 19.7 juta tan.
01:42Dalam tempoh sama, ekspor meningkat 8.4% dengan jumlah ekspor tahunan diunjurkan mencecah sekitar 16 juta tan.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended