00:00Bersyarikat Malaysia catat jualan sebanyak 305.62 juta ringgit menerusi penyertaan dalam pameran China ASEAN iaitu K-Expo 2026 di
00:11Nanning, China dan pencapaian itu melepasi sasaran awal 275 juta ringgit yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Madrid.
00:23Menurut Madrid, kejayaan itu dicapai menerusi penyertaan 67 syarikat Malaysia yang sebahagian besarnya terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana PKS.
00:33Penyertaan berkenaan memberi peluang kepada PKS tempatan untuk berhubung dengan pembeli antarbangsa, meneroka pasaran baharu dan memperluaskan rangkaian perniagaan di
00:42China serta ASEAN.
00:43Bagi meningkatkan potensi jualan, Madrid turut menganjurkan pelbagai aktiviti perniagaan dan promosi sepanjang pameran berlangsung, antaranya termasuk sesi padanan perniagaan
00:53bersama China Construction Bank,
00:55program e-dagang di bawah China ASEAN Silk Road e-commerce promotion event serta aktiviti pensteriman langsung bersama pempengaruh utama.
01:04Ketua Pegawai Eksekutif Madrid, Dato' Abu Bakar Yusof berkata penyertaan itu mencerminkan keupayaan ekspor PKS Malaysia dan keberkesanan platform disediakan
01:13untuk membantu mereka menembusi pasaran antarabangsa.
01:16Ke-Expo ke-23 yang berlangsung dari 17 hingga 21 September lalu menghimpunkan syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor bernilai tinggi
01:25dan barangan pengguna bergerak pantas.
01:27Ada sektor yang terlibat termasuk kecerdasan buatan AI, peranti perubatan, makanan dan minuman FMB, hasil pertanian, farmaseutikal, penjagaan diri serta
01:37pelancongan.