Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini berpunca daripada kepulan asap sederhana sehingga tebal daripada kelompok titik panas yang dikesan pada sebahagian besar kawasan Kalimantan serta bahagian tengah dan selatan Sumatera. 

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berkeadaan jerebu yang melanda negara ketika ini berpunca daripada kepulan asap sederhana sehingga tebal daripada kelompok titik panas yang dikesan
00:09pada sebahagian besar kawasan Kalimantan serta bahagian tengah dan selatan Sumatera.
00:14Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar JAS Azuri Azizah Saedun berkata ASEAN Specialist Meteorological Center atau ASMC semalam melaporkan
00:26sebanyak 327 titik panas dikesan di Kalimantan, manakala 191 lagi di Sumatera selain satu titik panas dikesan di Sarawak.
00:39ASMC turut melaporkan jerebu rentas sempadan sederhana meliputi beberapa kawasan di semenanjung Malaysia, Singapura dan bahagian Barat Laut Borneo.
00:48Susulan itu beliau berkata JAS terus memperkukuh tindakan pemeriksaan, rondaan dan pemantauan di kawasan yang terdedah kepada risiko kebakaran khususnya
00:58di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah berikutan keadaan cuaca panas dan kering yang berterusan.
01:04Azuri Azizah berkata JAS akan terus memantau bacaan indeks pencemar udara IPU, titik panas dan perkembangan jerebu rentas sempadan dengan
01:14mengambil kira maklumat meteorologi sebagai input dalam penilaian situasi serta penyelarasan tindakan pengurusan jerebu pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
01:25JAS turut menekankan kerjasama pihak industri dalam memastikan pelepasan udara daripada punca utama dikurangkan khususnya di kawasan yang mencatatkan bacaan
01:36IPU melebihi 300.

Recommended