Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
AWANI Borneo Ahad, 27 September 2026 bersama Pia Ernadya

1. METMalaysia pantau gempa bumi Sabah melalui 28 stesen seismik.
2. Belanjawan 2027: KPDN harap peruntukan untuk PJRM ditambah
3. Kunak bakal muncul destinasi eko pelancongan baharu di Pantai Timur Sabah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:06Assalamualaikum anda bersama saya Pia Nadia untuk Awanibonio dan ini antara perkembangan yang akan sibahkan hari ini
00:1828 stesen seismik pantau gempa bumi di Sabah
00:25KPDN harap peruntukan untuk program jualan meramah madani ditingkatkan
00:33KUNAK mampu jadi destinasi pelancongan baru di pantai timur Sabah
00:43Baik, susulan kejadian gempa bumi lemah bermagnitif 3.3 di Kuamut, Kinabatangan pada 5.32 minit pagi
00:52Sabtu, Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia memantau kejadian gempa bumi di Sabah secara berterusan
00:59menerusi 28 stesen seismik di seluruh negeri itu
01:02Ketua Pengarah MAD Malaysia, Mohd Hisham Mohd Anik berkata
01:06pemantauan selama 24 jam itu membolehkan pihaknya mengesan dan menganalisis kejadian gempa bumi dengan pantas
01:16Menurut Mohd Hisham, antara stesen seismik yang berhampiran dengan lokasi kejadian
01:21ialah Sapalut 57.23 km, Keningau 66.51 km, Sandakan Telupit 74.36 km, Matupang 76.67 km dan Tenem
01:3593.32 km
01:38Jelasnya, MAD Malaysia berpaya mengesan dan menganalisis kejadian gempa bumi dengan pantas
01:43sebelum maklumat disalurkan dalam tempoh 6 minit selepas dikesan
01:47tertakluk kepada kesediaan data
01:50Mohd Hisham berkata gempa bumi tidak boleh diramal dari segi masa, lokasi dan magnitude sebelum berlaku
01:56manakala stesen seismik berfungsi mengesan serta menentukan magnitude gempa bumi selepas kejadian berlaku
02:03Beliau berkata ancaman tsunami pula boleh dinilai berdasarkan magnitude gempa bumi dan data pemantauan berkaitan
02:10Tambahnya sekiranya terdapat potensi ancaman tsunami, MAD Malaysia akan mengeluarkan maklumat serta amaran yang berkaitan
02:17Beliau turut menyesatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat berkaitan gempa bumi dan tsunami hanya melalui saluran rasmi MAD Malaysia
02:25Pada Sabtu, satu gempa bumi lemah bermagnitude 3.3 berlaku di Kuamud, Kinabatangan pada 5.32 minit pagi
02:34Pesat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 5.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur
02:43dengan kedalaman 118 km iaitu 223 km barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 32 km barat daya dari Tongot, Sabah
02:55Sejak diperkenalkan sebagai inisiatif tetap kerajaan pada 2024, program jualan Rahmah Madani PJRM menawarkan barangan keperluan harian pada harga antara
03:0710 hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran setempat
03:12Menjelang Belanjawan 2027, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sari Hidup KPDN, Datuk Armiza Mama Ali berharap peruntukan bagi PJRM
03:23dapat ditingkatkan supaya lebih banyak manfaat dapat sampai secara langsung kepada rakyat
03:29Maka kita mengharapkan dan juga memohon kepada Kementerian Keuangan khususnya supaya peruntukan dapat dipertimbangkan dan ditambah untuk tahun 2027
03:44kerana ini merupakan satu program inisiatif Kos Sari Hidup yang secara langsung sampai kepada rakyat
03:53Rakyat kita boleh untuk memanfaatkan subsidi itu secara bersasar dan secara langsung di lapangan
04:01Armizaan berkata demikian kepada media sewaktu ditemui di program Majlis Lawat dan Tanabur Syukbah Wanita Parlimen Papar yang dihadiri lebih
04:081,500 orang
04:10PJRM kini dilaksanakan secara bulanan di seluruh negara dengan sasaran minimum 3 kali sebulan bagi setiap dun dan zon wilayah
04:18persekutuan
04:18bukan hanya kerajaan kita tetapi seluruh negara sekarang sedang berhadapan dengan salah satu lagi cabaran besar
04:26lantaran daripada konflik di Asia Barat yang telah menyebabkan kenaikan kos-kos penting
04:38contohnya bahan api yang memberi kesan kepada harga barang dan pelbagai termasuklah bahan binaan dan sebagainya
04:50jadi mana-mana kerajaan termasuklah kerajaan kita pastinya berhadapan dengan cabaran ruangan fiskal yang ada
05:00sehingga 23 September 2026 PJRM merekodkan lebih 81.45 juta transaksi sejak 2023
05:08dengan lebih 31.84 juta transaksi direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September 2026
05:16bermula 1 Oktober ini KPDN turut memperkenalkan pelekat khas yang memamparkan kod QR takuin PJRM
05:23di lokasi tumpuan awam bagi memudahkan orang ramai menyemak tarikh dan lokasi jualan berhampiran
05:29KPDN dalam kenyataannya turut menyatakan komitmen untuk terus menambah baik pelaksanaan PJRM
05:39Kuasa pertengahan seperti Malaysia dan organisasi serantau seperti ASEAN mempunyai peranan penting dalam membentuk keputusan global
05:48Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata sebagian besar negara anggota pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB bukan kuasa besar
05:57namun keputusan segelintir pihak boleh menentukan masa depan semua
06:04Beliau menegaskan negara-negara yang membentuk majoriti global tidak boleh sekadar menanggung kesan daripada keputusan yang dibuat di tempat lain
06:12We are the global majority. As I said earlier, we must not simply live with the consequences of choices made
06:22elsewhere
06:22We must help shape those choices
06:26Middle powers such as Malaysia can help keep dialogue alive when major powers cannot agree
06:33Regional organisation such as ASEAN can bring the perspective of their people into global debates
06:43We must have the confidence to speak for our regions not be spoken for
06:49Muhammad turut menegaskan masyarakat antarabangsa perlu membina semula kepercayaan
06:54terhadap takbir urus proaktif dan sistem multilateralism ketika dunia berdepan ketidaktentuan yang semakin meningkat
07:01Malaysia jelasnya tidak akan berpaling daripada PBB ketika badan dunia itu berdepan kesukaran atau meninggalkan multilateralism
07:09hanya kerana sistem berkenaan belum sempurna
07:11Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan negara pada perbahasan di Perimpunan Agung PBB
07:17Unggar ke-81 di New York pada Sabtu
07:22Empat lelaki maut selepas kereta Perdua Viva yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah lori lima tan
07:29di Taman Jaya Diri Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu awal pagi tadi
07:34Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 pagi
07:42Pasukan bomber yang tiba di lokasi mendapati kereta berkenaan melanggar lori yang diletakkan di bahu jalan
07:49dengan kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan
07:53Anggota bomber menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka sebelum operasi selesai pada jam 3.50 pagi
08:02Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut
08:11Pasukan dari Balai Bomber dan Penyelamat Kota Kinabalu dengan bantuan BBP Lintas tiba di lokasi pada jam 2.59 pagi
08:20Operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit mengambil masa kira-kira 51 minit sebelum ditamatkan sepenuhnya
08:35Kunak berpotensi muncul destinasi pelancongan baru di pantai timur Sabah
08:41apabila sebuah pusat ekopelancongan berkonsepkan rehat dan rawat R&R Plus atau Super R&R dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan
08:522028
08:52Lokasinya yang terletak kira-kira 40km dari Kunak dan Lahat Datu turut dilihat strategik
08:58untuk membangunkan kawasan berkenaan sebagai hub pelancongan baru di pantai timur Sabah
09:06Pengurusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Lieutenant General Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata
09:12projek yang dibangunkan Koperasi Sinar Senergi Bersatu Sabah Berhad itu
09:17kini melibatkan kawasan seluas kira-kira 28 ekar
09:20dengan pembangunan mencapai sekitar 30%
09:24Tetapi walaupun cuma 30% tapi pengisian yang ada di Koperasi ini telah membolehkan untuk pengunjung-pengunjung datang
09:32kerana ianya berasal kampanye utama adalah berkenaan ekopelancongan
09:36Jadi buat masa ini walaupun projek ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam pertengahan tahun 2028
09:43tetapi walaupun cuma 30% yang dah siap
09:45tapi pengunjung yang datang kalau ikut secara bulanan ini lebih kurang 3 ke 400
09:50Apabila siap kelab, pusat berkenaan menyasarkan 3 kategori pengunjung
09:56termasuk pelancong yang mengidap antara 1 hingga 3 hari
09:59pengunjung harian serta pengguna lebuh raya yang singgah untuk berehat
10:03Bagi pengunjung bermalam jumlah antara 5,000 hingga 6,000 orang setahun disasarkan
10:10manakala pengunjung harian diunjurkan antara 15,000 hingga 20,000 orang
10:16Projek itu bakal menjadi antara contoh pusat R&R yang dikenalikan sepenuhnya oleh korporasi
10:22sekaligus membuka peluang kepada masyarakat setempat memasarkan produk serta hasil tempatan
10:28Tapi kena perlu ingat bahawa tujuan korporasi itu sendiri yang pertama adalah
10:33untuk ahli korporasi sendiri tapi limpahannya perlu ada kepada penduduk setempat
10:38contohnya paling dekat sekali di Silam sehingga ke Kunak ataupun di Lahat Datu
10:42Jadi komuniti di sini boleh memperagakan hasil-hasil mereka sendiri di kedai-kedai yang bakal disiapkan oleh korporasi ini sendiri
10:51Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke korporasi Sinar Sinergi Bersatu Sabah Berhad di Kunak pada Sabtu
11:03Tanggapan bahawa Pesta Kuih Bulan hanya untuk masyarakat Cina tidak lagi sesuai kerana ia kini mula dikongsi rakyat berbilang kaum
11:13dan agama
11:13Di Tawau misalnya, Pesta yang diadakan secara tradisi di Kuil Buddha Puzau menghimpunkan kira-kira 5,000 pengunjung
11:22termasuk masyarakat Bumi Putera dalam suasana penuh harmoni dan semangat perpaduan
11:31Dengan lebih 100 jenis makanan disediakan secara percuma, penganjuran secara terbuka
11:36ia dilaksanakan hasil sokongan peniaga dan masyarakat setempat yang menyumbang makanan serta barangan untuk dikongsi bersama pengunjung
11:44Ini program setiap tahun kami yang organize ini macam Pesta Apala, ini Mooncake Festival untuk menyatukan batuan macam Malaysia yang
11:55berbilang kaum
11:55Macam malam ini, macam akak-akak kami tengok macam ada 5,000 orang datang inilah setiap tahun pun begini
12:03Kami menyediakan macam lebih daripada 100 jenis makanan untuk menibukan semua orang
12:09Di sini, tiap perayaan mesti kami kena panggil ke sini lah untuk merayakan lah
12:14Begitulah, sebab diorang pun okey jugalah, panggil juga diorang ke sini lah
12:18Sebab memang kalau perayaan beginikan lah, selalu lah ada begini
12:23Ini pun boleh kenal-kenal sama mereka lah semua
12:25Sebab diorang pun baik-baik lah, kami pun tidak kisah agama lah, semua sama lah di sini
12:31Sementara terbekas timbalan Presiden Majlis Pemandaran Tawak, Tony Koh Kian Leong berkata
12:37Perbezaan agama dan kepercayaan bukan penghalang untuk masyarakat Malaysia
12:41Berkongsi kegembiraan melusi perayaan dan budaya masing-masing
12:45Kita rakyat Malaysia, kita tidak menghilangkan agama, kepercayaan dan kesenian
12:52Kita merayakan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu-patu
12:57Malang ini kita amat bersukur kerananya bukan hanya dari masyarakat Cina
13:03Termasuk masyarakat bumi putera
13:06Kita menganggapkan satu pentas atau platform untuk menyatukan siratulahim dengan bangsa Malaysia
13:18Selain menjadi lokasi sambutan perayaan, kawasan Kue Buddha Puzau turut dimanfaatkan masyarakat pelbagai kaum
13:26Untuk aktiviti riadah seperti berjoging dan bersenam
13:32Malaysia Heritage Pajian 2026 mengangkat keunikan busana tradisional Malaysia
13:38Dalam usaha memperkenalkan warisan tempatan keperingkat atarbangsa
13:43Penganjur program David Teo berkata pertandingan itu bukan sekadar platform kecantikan
13:48Sebaliknya turut menjadi medan mencungkil bakat anak muda dalam bidang permodelan
13:55Program ini bukan hanya ratu cantik yang biasa orang dengar ratu cantik
14:01Tapi saya sebenarnya mencungkil bakat anak-anak muda
14:06Terutamanya Sabahan, Sarawak
14:08Of course Malaysia lah, amin menanjung also
14:11But at the same time saya mencungkil bakat orang untuk pergi ke peringkat internasional
14:15So apa yang saya buat sekarang ini adalah permulaan untuk memberi peluang kepada anak-anak
14:21Di luar sana, anak muda di luar sana untuk mencungkil bakat mereka ke peringkat internasional
14:27Dari segi modeling dan juga ratu cantik
14:31Katanya program menampilkan lima kategori
14:33Iaitu Little Miss, Miss Teen, Miss, Mrs dan Mister
14:38Melibatkan peserta daripada pelbagai peringkat usia
14:42Bila berharap program itu mendapat sokongan lebih luas daripada masyarakat
14:45Untuk melahirkan lebih ramai bakat tempatan yang mampu membawa identiti dan warisan budaya Malaysia
14:51Kepentas antarabangsa
14:57Baik, sekian saja untuk Awani Borneo
14:59Saya Per Nadia, salam hormat, kita jumpa lagi
15:10Terima kasih kerana menonton!

Recommended