Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Basarnas meneruskan operasi mencari dan menyelamat selama tujuh hari lagi bagi mengesan puluhan mangsa yang masih belum ditemui selepas insiden feri penumpang itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 71 mangsa feri penumpang Virgo Transport 8 masih hilang.
00:06Berikutan itu, menurut pengarah operasi agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Basarnas Indonesia,
00:12Laksamana Muda Yudi Bramantio Nur Sasongko berkata, operasi mencari dan menyelamat dilanjutkan kepada 7 hari lagi.
00:23Menurut Yudi Bramantio, ini merupakan lanjutan 7 hari kedua sejak kapal itu karam di Laut Jawa pada 13 September lepas.
00:32Virgo Transport 8 yang membawa 243 orang dan 89 kenderaan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin
00:39terputus hubungan kira-kira 2 pagi waktu tempatan pada 13 September.
00:44Dan ditemukan terbalik sebelum beransur karam dengan bangkai kapal tenggelam sepenuhnya pada 17 September.
00:50Dua minggu selepas operasi, 172 daripada mereka yang berada di dalam kapal telah ditemukan.
00:56Terdiri daripada 108 mangsa terselamat dan 64 maut.
01:01Mengenai penemuan jasad terbaru, Yudi berkata 4 dibawa naik oleh penyelam dari dalam feri
01:06dan 7 lagi ditemukan di sepanjang kawasan pantai di Kalimantan Tengah.
01:11Dengan pencarian diteruskan, beliau berkata Basarnas akan terus memfokuskan kepada usaha mencari mangsa yang hilang.
01:21Terima kasih telah menonton!

Recommended