- 5 minutes ago
Ikuti kupasan Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor, Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Naib Canselor SEGi University, mengenai faktor di sebalik pemikiran pembuli.
Category
🗞
NewsTranscript
00:06Assalamualaikum, salam sejahtera anda bersama saya Syaf Syukri dan ini fokus minggu depan sebelum kita mengupas topik perbincangan yang akan
00:12kami bawakan selepas ini ini antara laporan yang kami bawakan di mana polis masih menyiasat segala kemungkinan berhubung kematian seorang
00:19pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan.
00:24Ketua Polis Negeri Sembilan Dato' Al-Zafni Ahmad berkata selain itu pihaknya juga menerima maklumat dan menyiasat dakwaan mangsa dipukul
00:32kerana vape.
00:34Memberitahu Astro Awani Al-Zafni menambah setakat ini tiada tangkapan baru dibuat manakala beberapa keterangan susulan akan diambil bagi melengkapkan
00:42kertas siasatan.
00:43Katanya lagi keputusan bedah siasat juga belum diperoleh kerana pihak polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.
00:50Al-Zafni pada Sabtu memberitahu hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.
01:00Setakat Sabtu, polis telah merekodkan keterangan 21 individu termasuk pelajar, guru dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.
01:09Mangsa Mohd Idlan Farid Syahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke hospital Tuanku Ampuan
01:17Najihah Kuala Pilah dan kemudian disahkan meninggal dunia.
01:22Susulan kejadian itu, seorang pelajar tingkatan 4 di reman 6 hari bagi membantu siasatan.
01:27Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:37Dan untuk jam ini kita akan memberi fokus kepada topik di mana di sebalik pemikiran pembuli, cegah sebelum parah, saya
01:43bersama dengan Prof. Datin Dr. Mariani Maknoor
01:46yang merupakan pakar psikologi kanak-kanak dan Naib Chancellor Segi Universiti. Assalamualaikum Datin.
01:53Ya, Waalaikumsalam.
01:54Baik Datin, terima kasih kerana sudi bersama Esra Wani untuk waktu dan jam ini Datin.
01:59Sebelum kita memberi fokus kepada topik kita Datin, mungkin Datin boleh kongsikan yang melihat kepada suasana yang berlaku pada hari
02:07ini
02:07apabila kita cakap tentang buli, kita sering melihatnya dari, mungkin dari perspektif mangsa.
02:12Tetapi dari sudut psikologi, apa sebenarnya yang berlaku dalam pemikiran seorang kanak-kanak yang membuli? Datin.
02:21Okey, kalau kita lihat sekarang ini, buli ini kita lihat sabar waktu sama ada di kaca TV ataupun di dadak
02:29akhbar
02:30buli ini seolah-olah tidak berkesudahan ya dan dia tidak boleh dikatakan juga bermusim.
02:37Dia memang satu perbuatan yang memang akan sentiasa berlangsungan jika perkara-perkara tertentu tidak dapat dielakkan.
02:46sedangkan di peringkat pembuat polisi, perkara-perkara tertentu untuk mengelak buli telahpun berlaku.
02:52Dari sudut psikologi, kalau kita lihat ini dia ada tiga golongan yang perlu kita lihat.
02:59Yang pertama ialah mangsa, yang kedua ialah pembuli dan yang ketiga ialah penguntun.
03:05Kalau kita lihat di sini, mangsa. Mangsa pembuli lazimnya adalah merupakan mereka yang agak dikatakan lemah.
03:13Bukan bermaksud lemah fizikal tetapi lemah daripada aspek authority mereka, kuasa yang ada pada mereka.
03:20Kemungkinan mereka ini jauh lebih rendah umumnya daripada pembuli itu sendiri.
03:25Dan dalam masa yang sama, kita tahu bahawa di peringkat sekolah menengah ini, mereka adalah dalam dunia remaja.
03:32Dan dalam dunia remaja ini, mereka masuk dalam alam di mana mereka nak menunjukkan kehebatan masing-masing.
03:40Ya Syaf?
03:40Dan dalam menunjukkan kehebatan masing-masing itu, kadang-kadang ada sikap yang tidak disedari bahawa mereka telah melawan
03:49dengan senior yang lebih umur mereka, lebih dewasa daripada mereka dan kadang-kadang ini tidak disedari.
03:57Yang penting ialah dia tetap akan melawan.
04:00Itu dikatakan dunia remaja ini, dunia kelong kabut dan juga dunia stres.
04:06Kerana mereka ini perlu dibimbing dan dididik.
04:10Sebab itu kita ada sekolah.
04:11Sebab itu kita ada kaunselor-kaunselor ataupun pihak-pihak guru kalau di rumah, guru bapa yang memainkan peranan penting.
04:19Jadi mangsa ini apabila mereka telah dalam keadaan ketakutan,
04:26sementara lagi kalau mereka telah melakukan kesalahan,
04:29maka mereka akan terus menyatakan kemungkinan mereka tidak melakukan kesalahan itu.
04:34bagi pembuli yang kemungkinan lebih dewasa atau fizikanya lebih besar
04:40atau mereka datang berkumpulan, mereka mempunyai authority untuk melaksanakan sesuatu.
04:46Kerana mereka nak menunjukkan kehebatan dan juga kelebihan mereka di kawasan satu-satu kawasan sekolah itu
04:54bahawa, ya, aku telah diberikan tugas untuk memantau.
04:57Aku adalah senior kamu.
04:59Jadi aku harus terus memantau.
05:00tanpa mereka sedari bahawa budi bercara, perbincangan adalah yang paling penting untuk mereka menyelesaikan masalah.
05:09Apabila mangsa dibuli oleh pembuli, pastinya ada penonton-penonton.
05:14Dan siapa penonton-penonton ini adalah mereka yang berada di persekitaran sekolah itu.
05:19Tapi jangan lupa juga, ya, penonton-penonton juga adalah terdiri daripada
05:23kalau sekolah berasamah penuh, maka warden-warden.
05:26Kalau sekolah berasamah penuh, maka guru-guru yang telah ditugaskan untuk memantau
05:33keberadaan pelajar-pelajar di sekolah berasamah itu.
05:36Jadi kalau di sekolah biasa, maka ini perlu diatasi juga oleh guru-guru disiplin,
05:41guru penolongkanan ahal Iwan Murid, dan juga apatah lagi guru besar.
05:47Kalau di sekolah menengah, maka kita kata,
05:50pegetua yang memainkan peranan penting.
05:52Jadi apabila aktiviti perlakuan buli ini ditonton oleh mereka-mereka
06:00yang ada di persekitaran, ini sedikit sebanyak menjadi satu role model
06:06pada anak-anak yang melihat itu, pada mereka yang menonton
06:10perbuatan buli itu berlaku, dan mereka akan melakukan perkara yang sama,
06:15terutama apa, mereka melihat, oh abang seniornya telah melakukan sesuatu.
06:20Tidak ada tindakan yang telah dilakukan.
06:22Dan begitulah disebaliknya.
06:24Jadi perkara ini tidak akan berkesudahan jika tindakan sepatutnya dilaksanakan
06:31berdasarkan garis panduan buli yang telah kita adakan di institusi pendidikan tinggi itu.
06:39Garis panduan itu telah ada, tetapi saya pasti mereka guru-guru di sekolah
06:44dan juga pihak-pihak pengetua, warden dan sebagainya,
06:47tahu apa yang mereka perlu lakukan.
06:50Tetapi di mana kebocorannya, ketirisannya perkara ini berlaku,
06:55ketirisan perkara ini boleh berlaku hingga boleh menyebabkan kecederaan
07:00dan kadang-kadang ada boleh membawa kepada maut.
07:05Datin, dari perspektif psikologi, Datin memberikan penerangan panjang sebetulnya tadi,
07:11tapi adakah tingkah laku membuli ini biasanya berpunca daripada sifat
07:16ataupun keinginan untuk menguasai atau mendapatkan perhatian
07:20atau diterima oleh rakan sebaya atau mungkin terdapat faktor yang lain
07:25yang lebih kompleks, Datin?
07:27Okey, kalau Syaf sebut itu, saya lebih ingin membawa kepada psikologi remaja.
07:32Siapa remaja ini?
07:33Remaja ini pertama ialah mereka mahu diiktiraf.
07:36Apabila mereka mahu diiktiraf, mereka akan melakukan sesuatu
07:40apabila telah disarankan oleh ketua dalam kumpulan itu melakukan sesuatu.
07:45Jadi keinginan itu ada.
07:47Keinginan untuk bersama dengan orang-orang dalam kumpulan sebaya
07:50atau kumpulan remaja itu mahu dilaksanakan.
07:53Jadi nak tak nak, mahu tidak mahu mereka akan lakukan.
07:57Ini adalah satu keperluan untuk mereka.
08:00Walaupun itu kita katakan kita nampak lebih daripada attitude,
08:03tetapi lebih kepada keperluan untuk diterima masuk dalam kumpulan.
08:08Dan memandangkan kalau kita lihat kepada pembuli,
08:11ini juga perkara yang sama.
08:13Sama ada mereka ini mahu diterima masuk dalam kumpulan.
08:17Nak masuk kumpulan A, perlu bertindak A.
08:19Nak masuk kumpulan ini, perlu bertindak lebih daripada A.
08:23A yang telah disebut itu.
08:25Maka ini kita kata pengiktirafan dalam kumpulan.
08:28Sedangkan dalam attitude ataupun sikap tingkah laku yang sebenar itu,
08:33tingkah laku ini agak ganas.
08:35Tingkah laku ini agak agresif.
08:37Dan perkara ini syaf, bukan datang satu hari, satu malam.
08:40Ia berlangsung dalam masa yang agak lama daripada tontonan mereka,
08:45sama ada dalam keluarga, di luar keluarga.
08:48Di luar keluarga kita tahu sama ada di sekolah atau dalam konteks dalam masyarakat itu sendiri.
08:54Melihat ada orang lain yang membuli.
08:57Bukan dalam kalangan umur remaja, tetapi dalam kalangan mereka yang lebih dewasa.
09:02Jadi itu kita katakan sebagai tikah laku yang kita katakan telah dilihat dan pada mereka tikah laku itu sebenarnya tidak
09:12ada salahnya.
09:12Terutama kalau pihak-pihak yang tertentu, pihak berkuasa yang tertentu, sama ada guru besar, guru pendolongkanan hem,
09:20ataupun ibu bapa sendiri memberi teguran bahawa tikah laku itu adalah salah.
09:26Jadi kita tidak boleh katakan hanya berusurkan kepada tikah laku sahaja,
09:31tetapi pengiktirafan mereka dalam konteks mereka sebagai remaja.
09:37Kerana kita perlu ingat syaf bahawa mereka remaja ini memerlukan keperluan asas.
09:42Iaitu yang pertama ialah makanan mereka, tidur mereka, rehat mereka dan keperluan yang kedua yang paling penting ialah pengiktirafan mereka
09:53oleh masyarakat.
09:54Dalam konteks remaja, pengiktirafan mereka dalam konteks rakan sebaya yang sama, sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah itu.
10:04Tapi tingkah laku yang membuli ini kita tahu bahawa mereka tahu cara nak melakukannya kerana itu memang telah mereka tonton.
10:12Ataupun dalam kata lain adalah mereka adalah sebenarnya kesan daripada dibuli oleh orang lain waktu satu ketika dulu.
10:21Jadi ini berbalik semula dalam hidupnya bahawa oh kalau ini telah dilakukan maka aku boleh lakukan.
10:27Sebab itu kita kata kalau di awal musim persekolahan, kalau boleh ragging itu jangan dibuat terlalu agresif.
10:35Kerana apabila senior melakukan sesuatu kepada junior, maka junior ini akan menyimpan dendam.
10:42Oh begini ya kalau di sekolah ini lumrah budayanya.
10:46Maka kalau ini, maka aku akan lakukannya apabila aku naik pada peringkat sekolah menengah yang lebih tinggi.
10:52Jadi perkara ini semua perlu dihapuskan.
10:55Kita tidak boleh mahu salahkan hanya kita kata tingkah laku itu saja.
11:01Tetapi kita perlu lihat apakah keperluan anak-anak ini dan keperluan ini perlu di neutraliskan oleh semua pihak.
11:09Kita semua harus bekerjasama.
11:11Ibu bapa, pihak sekolah dan sekarang ini media memainkan peranan yang penting.
11:16Apa yang dilaksanakan hari ini di dalam perbualan kita ini adalah satu kesedaran yang perlu diambil iktibar oleh ibu bapa,
11:26pihak sekolah sama ada, pihak guru-guru, pihak warden atau pihak mereka, masyarakat di luar sana untuk memastikan bahawa kes
11:35buli ini tidak sepatutnya berlaku sewenang-wenangnya.
11:40Kerana kita ada undang-undang dan kita juga ada saya pasti, sekolah juga saya pasti ada polisi perlindungan murid-murid
11:48yang dilaksanakan.
11:50Baik Datin, kita akan menyambung semula perbincangan kita selepas ini kerana kita nak berhenti rehat seketika bertemu semula selepas ini.
12:11Bertemu sekali lagi bersama saya Syaf Shukri dan ini fokus minggu depan kita masih memberi fokus kepada perbincangan di sebalik
12:17pemikiran pembuli cegah sebelum parah
12:19dan saya masih bersama dengan Prof. Datin Dr. Mariani Makno yang merupakan pakar psikologi kanak-kanak dan NAP Chancellor Segi
12:26Universiti.
12:27Datin, sebelum kita berhenti rehat tadi, Datin ada menekankan beberapa perkara utama yang sempat saya salin di sini.
12:33Antaranya ada disebabkan situasi ini, fenomena ini menjadi seperti ini kerana mangsa buli, kanak-kanak yang membuli ini pernah menjadi
12:42mangsa buli pada satu ketika dahulu
12:44dan ia bergerak dalam kitaran yang sama dari perspektif psikologi dan juga Datin ada menyebut juga sekiranya berlaku proses ragging,
12:53jangan keterlaluan kerana ia boleh menjadi ikutan kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa itu untuk membuat kepada mungkin pada jurnia
13:01-jurnia mereka yang akan datang.
13:03Jadi dalam hal ini kan Datin, kita melihat mungkin mengenalpasti punca dan tanda awal juga lah.
13:09Apakah perubahan tingkah laku yang patut diperhatikan oleh ibu bapa atau guru yang mungkin menjadi petunjuk awal bahawa keadaan itu
13:17berlaku?
13:18Datin.
13:21Maksud syaf ialah perubahan pada mangsa.
13:25Betul. Perubahan pada mangsa. Betul Datin.
13:27Maksudnya, mangsa ini selalunya kalau mereka dibuli akan berlaku perubahan dalam aspek fizikal mereka, akan berlaku perubahan dalam aspek emosi.
13:40Dalam aspek fizikal maksudnya ialah kemungkinan corak tidurnya akan berubah, kemudian cara pemakanannya juga akan berubah,
13:50cara perbualannya dengan adik-beradik yang lain juga akan didapati berubah daripada aspek emosi.
13:56Mungkin menjadi seorang yang pemarah ataupun ada kata ada temper tantrum kan.
14:03Kanak-kanak juga ada temper tantrum ya.
14:05Kadang-kadang anak-anak remaja ini menunjukkan kerakusannya, nak cepat nak marah.
14:10Ini perkara sesuatu yang berlaku.
14:12Yang kita perlu lihat adalah tabian yang luar biasa daripada biasa.
14:17Jadi ini perlu diperhatikan oleh ibu bapa itu.
14:20Jangan beranggapan ataupun, jangan beranggapan bahawa perubahan itu berlaku disebabkan oleh anak itu sedang nak melalui perperiksaan
14:29ataupun berlaku sesuatu di sekolah yang menyebabkan runsing dan sebagainya.
14:35Tidak ya.
14:35Jadi perkara ini perlu diambil perhatian sebaik-baik mungkin supaya anak ini ditanya ataupun dibawa sembang santai bersama.
14:46kerana kadang-kadang anak-anak ini tidak mahu memberitahu yang sebenar.
14:50Jadi dalam aspek inilah perkara kesedaran ini perlu ada.
14:54Semua ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak-anak jika berlaku sesuatu yang membimbangkan di sekolah.
15:01Mereka harus laporkan kepada ibu bapa.
15:04Kalau ibu bapa kita zaman dahulu lain, kalau kita laporkan maka kita akan dikenakan semula.
15:10Tetapi saya pasti sekarang ini tidak laki.
15:12Tetapi janganlah nanti apabila dilaporkan kepada ibu bapa, ibu bapa mengambil tindakan undang-undang yang drastik.
15:18Jadi kemungkinan ini juga salah satu alasan kenapa kadang-kadang anak-anak ini tidak mahu melaporkan kepada ibu bapa.
15:24ataupun kita kata kalau perubahan ini berlaku, perubahan ini perlu dilihat juga oleh guru di sekolah.
15:32Guru kelas itu sendiri. Guru subjek itu sendiri.
15:35Sebab kadang-kadang anak-anak ini sikapnya adalah agak berbeza-beza daripada satu subjek kepada subjek yang lain.
15:41Jadi perubahan ini kalau ketara, maka guru yang berkenaan itu harus melakukan sesuatu untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku.
15:52Begitu juga dengan pembuli. Terdapat berlaku perubahan-perubahan yang tertentu.
15:57Kerana orang kata apa, keterujaannya untuk melakukan aktiviti itu membuatkan berlaku kita kata rutin harian yang agak terjejas.
16:14Jadi apabila rutin harian yang agak terjejas, ini melibatkan juga tingkah laku.
16:18Jadi perkara ini harus dilihat dan disedari oleh baik ibu bapa ataupun guru-guru di sekolah.
16:25Kalau ada warden, maka warden juga memainkan peranan yang penting.
16:29Kerana sekarang ini apa yang berlaku adalah kes buli.
16:32Kebanyakannya berlaku ataupun mungkin segelintir berlaku, saya tak pasti berapa peratus berlaku di kawasan sekolah berasrama.
16:41Dan ini memang apabila kami sendiri dalam jawatan kuasa khas untuk menambah baik kes buli di institusi pendidikan tinggi, kami
16:50turun ke empat zon.
16:52Dan dalam empat-empat zon itu berlaku kes buli.
16:55Dalam antara kes buli itu ada laporan yang kita lihat, kita dapat sendiri, kita dapati sendiri bahawa anak-anak murid
17:04ini tidak mahu untuk melaporkan kepada guru sekolah
17:08ataupun tidak mahu untuk melaporkan kepada kawan-kawan yang rapat kerana mereka bimbang dan mereka takut.
17:13Dan akhirnya kebimbangan ini akan mencetuskan apa yang kita katakan itu kes buli.
17:19Jadi perkara ini perlu kita lihat sebagai satu suasana yang perlu diberikan perhatian.
17:30Kalau contohlah Syaf, kita ini kadang-kadang kita lihat orang itu berpakaian tidak sempurna.
17:36Kita kata, oh ini macam tidak waras.
17:38Jadi itu tidak semestinya.
17:40Kita perlu dekati dan kita perlu tanya.
17:43Begitu juga dengan anak-anak yang berlaku perubahan daripada aspek fizikalnya, emosinya,
17:49cara mereka bercakap, kemudian pemakanan mereka dan kadang-kadang cara corak tidurnya juga
17:55telah mula berubah disebabkan oleh perkara yang telah berlaku menyendiri
18:01daripada extrovert kepada introvert, daripada aktif kepada pasif.
18:06Jadi perkara ini sangat jelas.
18:07Terutama oleh ibu bapa yang memang bersama dengan anak-anak mereka di rumah.
18:13Baik Datin, kita lihat juga dalam era digital pada hari ini,
18:18buli tidak lagi terhad kepada kawasan-kawasan seperti sekolah, pejabat.
18:23Dengan media sosial pun berlaku juga isu buli ini.
18:28Mangsa boleh terus terdedah kepada gangguan walaupun berada di rumah.
18:31Jadi apakah kesan ini kepada perkembangan emosi dan juga psikologi kanak-kanak?
18:36Dan mungkin Datin boleh terangkan sedikit antara persekitaran yang mungkin
18:40didepani oleh pembuli sebelum membuli orang lain, Datin.
18:43Persekitaran di rumah dan juga cara didikan keluarga ke, Datin?
18:47Okey, sebenarnya cara didikan keluarga itu sangat penting.
18:51Kerana daripada didikan keluarga itulah yang membuahkan hasil yang mana
18:57maksudnya bila di rumah itu bukan sahaja kita memberi arahan secara daripada seorang ibu
19:04atau seorang bapa kepada anak-anak.
19:06Kita perlu tunjuk teladan kita sendiri bahawa kalau sebagai seorang ibu,
19:10kalau kita sedang orang kata berbicara dengan rakan-rakan di sebelah sana,
19:18maka kadang-kadang ibu ini kadang-kadang terkeluar cakap ini memang tak guna betul ini,
19:21wang ajar ini. Jadi kadang-kadang anak ini mendengar. Jadi itu tidak perlu dilakukan.
19:26Kalau boleh jangan dilakukan itu di depan anak-anak atau kalau boleh jangan dilakukan langsung.
19:32Kerana kita mahu tanamkan sikap, menghormati orang lain, menghormati hak orang lain untuk bersuara.
19:39Mereka ada hak bersuara di dalam media sosial.
19:43Tetapi jangan didadikan hak bersuara itu sebagai medan untuk membalas dendam.
19:47Kadang-kadang dalam berbual bicara dalam internet ini, Syafiq, kita muka tak nampak.
19:54Jadi kita lagi seronok untuk menghentam orang lain dan dia tidak menyedari bahawa
19:59dengan hentaman secara lisan itu, itu membuatkan emosi orang lain lebih tercalar.
20:06Kita tidak mahu berlaku calarnya emosi seseorang itu.
20:11Apabila calar atau cedera emosi seseorang itu, maka ini akan membawa kepada sikap-sikap psikologi lain yang lebih membimbangkan.
20:21Jadi apa yang perlu kita buat adalah ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak-anak bahawa
20:30talian telefon, medan sosial bukan untuk mendera orang lain secara emosi.
20:37Kalau ada perkara yang tidak memuaskan, maka perlu dibawa berunding, bawa berbicara.
20:42Dan perlu ada orang kata konfrontasi sihat.
20:45Bukan konfrontasi tidak sihat.
20:47Kalau tidak mahu berjumpa, mungkin boleh melalui talian telefon.
20:51Tetapi perlu berlangsung dalam keadaan yang baik.
20:54Dan keadaan dalam rumah antara adik-beradik juga, perbualan dalam talian telefon kadang-kadang adik-beradik kita ini bergaduh.
21:01Jadi kalau boleh, pergaduhan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang lebih konstruktif
21:07supaya di akhir perbualan itu akan berlaku satu outcome ataupun hasil yang sangat baik
21:16yang mana melalui perbualan telefon itu walau tidak berjumpa, maka telah dapat hasil yang diperlukan.
21:22Jadi ini perlu menjadi satu teladan yang baik.
21:26Bukan itu sahaja, maka mereka-mereka yang di luar sana.
21:29Malah-malah kalau kita lihat drama sekalipun, kadang-kadang ini bukan sahaja dalam keluarga juga.
21:34Kadang-kadang mereka menonton drama.
21:36Tidak nak disalahkan drama, tetapi perlu ada seseorang yang memaklumkan bahawa ini tidak boleh berlaku.
21:42Jadi sebenarnya anak-anak kita ini banyak contoh-contoh, banyak guru-guru.
21:47Bukan sahaja guru mereka di rumah atau di sekolah.
21:49Tetapi guru dalam tontonan media di televisyen sendiri pun itu adalah guru untuk mereka.
21:57Jadi kita tidak mahu guru ini mencalarkan imej mereka sebagai generasi masa akan datang ini
22:06sebagai generasi yang agresif, dinamik dan juga konstruktif.
22:10Baik Datin, mungkin ada satu soalan yang juga saya kira penting untuk saya tanyakan kepada Datin mewakili penonton.
22:16Kita tahu perubahan cara berfikiran, perubahan generasi ini berlaku dari masa ke masa Datin.
22:24Mungkin bagaimana pendapat Datin melihat kepada suasana yang mungkin ada contoh sekiranya saya punya adik di asrama
22:31yang mungkin berdepan dengan situasi sama, tapi mereka yang mungkin lebih senior ini seringkali berpendapat
22:39itu sikit saja, zaman abang dulu lagi teruk, abang kena.
22:43Mungkin itu, adakah itu juga menjadi faktor kenapa mereka yang dibully ini kadang-kadang takut untuk menyorakan perkara ini kepada
22:49ibu bapa,
22:51juga adik-beradik juga mereka yang dekat dengan mangsa ini Datin?
22:55Okey, soalan Syah itu sangat cantik.
23:00Kenapa saya cantik?
23:02Sebab saya kata, di sinilah empati penting.
23:05Apa yang telah dilontarkan oleh Syah tadi, contohnya,
23:09itu biasa saja kakak dulu, biasa saja kakak dulu kena tutup mulut, tak ada apa pun.
23:14Tak boleh begitu ya, kerana kita perlu ada sifat empati yang perlu kita tanamkan dalam diri siapa sahaja anak-anak
23:22itu.
23:23Kalau satu unit keluarga telah menanamkan sikap empati itu, apatah lagi kalau kita di Malaysia ini,
23:29satu juta unit keluarga itu, saya pasti perkara ini dapat dikurangkan.
23:34Tapi jika empati itu tiada ya, contohnya kalau yang disebut tadi alat biasa saja itu,
23:39itu maknanya empati itu tidak ada ya, empati itu tidak ada kerana mereka menganggap bahawa
23:44mereka adalah Johan satu waktu dulu ya, Johan satu waktu dulu.
23:49Eh, itu Johan kat rumah ini, Johan kat sekolah.
23:51Jadi apa-apalah salahnya, jadi ini sepatutnya perlu dielakkan.
23:56Empati perlu diterapkan dalam diri setiap anak-anak murid di sekolah itu,
24:02baik oleh ibu bapa maupun oleh guru di sekolah,
24:06sama ada dia seorang pengetua, sewaktu bual bicara di perhimpunan,
24:11sama ada dia guru disiplin, sama ada dia guru penolong hem,
24:14sama ada dia warden ataupun senior-senior itu.
24:17Maka di sini, senior-senior ini memainkan peranan yang penting.
24:20Dia adalah ibarat ketua yang patut melindungi adik-adik ini
24:26supaya tidak berlaku apa yang dikatakan boleh itu.
24:29Jika berlaku sesuatu kesalahan, maka perlu dibawa berunding dan dilakukan kepada
24:35guru disiplin terlebih dahulu.
24:37Jangan ambil tindakan seolah-olah undang-undang itu di tangan mereka.
24:42Mungkin boleh saya cakapkan ialah, mereka harus lebih,
24:46tindakan mereka harus lebih bijaksana.
24:49Bukan lebih bijak sendiri.
24:52Kalau lebih bijak sendiri, inilah yang berlaku.
24:55Buli tersebut menganggap bahawa mereka ada kuasa.
24:59peraturan telah berlaku contohnya, kadang-kadang buli ini berlaku disebabkan oleh
25:04satu perkara kecil sahaja.
25:06Bukan melanggar peraturan tetapi satu perkara kecil yang boleh dibawa berbicara.
25:12Tetapi disebabkan oleh pengalaman-pengalaman lama yang mungkin datang semula
25:18yang tadi saya sebut Syaf, mungkin mereka pernah dibuli
25:21ataupun dendam mereka yang tidak berkesudahan.
25:24maka akan tercetuslah orang kata timing bomb itu tadi
25:28dan berlakulah apa yang kita katakan tadi perlakuan buli
25:32baik sama ada berlaku buli fizikal, buli mental
25:35ataupun buli emosi itu sendiri.
25:38Jadi yang paling penting adalah emosi itu-itu perlu dilatih, dibimbing
25:44supaya adanya elemen empati dalam diri seseorang itu.
25:49Maka tidak akan berlakulah atau dapat dikurangkan berlakunya perlakuan buli
25:54di sekolah atau di mana-mana sahaja
25:56baik di tempat kerja maupun bukan di tempat kerja.
26:00Baik, terima kasih Prof. Datin Dr. Mariani Makno
26:03yang merupakan Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Naib Chancellor
26:06Segi Universiti atas perkongsian tersebut.
26:09Terima kasih sekali lagi Datin untuk masa yang diluangkan
26:12dan memberi pemahaman kepada penontonan serawal ini
26:14khususnya dalam kita bercakap atau memberi fokus kepada isu buli ini.
26:18Dan jelas isu buli tidak boleh dilihat sebagai masalah disiplin semata-mata
26:23kerana ia perlu difahami dari segala sudut dan punca
26:27tingkah laku dan kesannya terhadap perkembangan kanak-kanak.
26:30Percegahan juga perlu bermula lebih awal
26:33dengan kerjasama ibu bapa, sekolah dan masyarakat
26:36supaya tanda-tanda awal dapat dikenal pasti
26:38sebelum keadaan menjadi lebih parah.
26:40Jadi saya kira sekian fokus minggu depan
26:41untuk waktu dan jam ini.
26:43Saya Syafiqri. Assalamualaikum.
26:44Salam hormat. Kita jumpa lagi.
27:01selamat menikmati.