00:00Rakyat Malaysia di Bangkok digeser terus berhubung dengan kedutaan Malaysia bagi mendapatkan bantuan dan maklumat terkini.
00:07Ia berikutan banjir besar yang menjejaskan beberapa daerah dan laluan pengangkutan utama di ibu negara Thailand itu.
00:14Kementerian Luar pada ahad memaklumkan beberapa warga Malaysia telah terjejas akibat banjir.
00:21Menurut Kementerian Luar, kedutaan di Bangkok telah menghulurkan sokongan serta bantuan yang diperlukan kepada mangsa terjejas.
00:27Selain itu, rakyat Malaysia yang masih belum berbuat demikian diminta mendaftarkan kehadiran mereka di Thailand menerusi sistem e-konsular.
00:35Kementerian Luar menambah, kedutaan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau keadaan.
00:41Rakyat Malaysia yang melawat atau menetap di Bangkok turut dinasihatkan supaya berhati-hati, terus berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang
00:49dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
00:51Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke lapangan terbang Suvarna Bumi juga dinasihatkan untuk memberikan masa tambahan untuk perjalanan mereka dan
00:59tiba lebih awal daripada jadwal berlepas.
01:02Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai maklumat boleh menghubungi kedutaan Malaysia di Bangkok seperti maklumat yang tertera.
01:09Hujan debat berterusan sejak Khamis menyebabkan banjir di semua 50 daerah di Bangkok.