00:06Polis masih menyiasat segala kemungkinan berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala
00:14Pilah di Negeri Sembilan.
00:16Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Al-Zafni Ahmad berkata, selain itu pihaknya juga menerima maklumat dan menyiasat dakwaan mangsa dipukul
00:23kerana VAP.
00:25Memberitahu ekstra awal ini, Al-Zafni berkata, setakat ini tiada tangkapan baru dibuat, manakala beberapa keterangan susulan akan diambil untuk
00:33melengkapkan kertas siasatan.
00:35Tambahnya, keputusan bedah siasat juga belum diperoleh kerana polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.
00:42Al-Zafni semalam memberitahu, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.
00:51Setakat semalam, polis telah merekodkan keterangan 21 individu, termasuk pelajar, guru dan ibu bapa mangsa untuk membantu siasatan.
01:02Mangsa Muhammad Idlan Farid Syahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke hospital Tuan Kuampuan
01:09Najihah di Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.
01:14Susulan kejadian itu, seorang pelajar tingkatan 4 direman 6 hari untuk membantu siasatan.
01:19Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.