00:00Penyokong dan pengkritik dokumentari Nazar berhimpun di luar Lincoln Center, New York pada Sabtu ketika film itu ditayangkan sepanjang festival
00:07film New York.
00:09Penyokongan itu mencerminkan perbezaan pandangan yang mendalam berhubung perang Israel di Gaza dan gambaran konflik tersebut dalam dokumentari berkenaan.
00:20Penyokong film itu berpendapat Nazar mengetengahkan kesan kemanusiaan di Gaza termasuk kehidupan penduduk awam yang terjejas akibat peperangan.
00:28Pemain piano kelahiran Israel, Shai Wasner yang turut menyokong tayangan itu mengkritik Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sambil menggesa Israel kembali
00:37ke arah perdamaian dan mengusahakan penyelesaian dua negara.
00:41Namun, pengkritik mendakwa dokumentari itu memberi gambaran yang tidak tepat mengenai Israel dan tenteranya selain mempersoalkan kredibiliti film berkenaan.
00:49Seorang yang terlibat dalam festival muzik Nova, Rom Elhai, turut mempertahankan kesahihan keterangan saksi mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober
00:582023.
00:59Penduduk New York, Nana Kibak, menyifatkan dokumentari itu sebagai tontonan penting bagi memahami situasi di Gaza,
01:06manakala sebahagian penyokong mendakwa kekejaman dan genocide masih berlaku di wilayah berkenaan.
01:11Wakil Majlis Israel Amerika, Noah Perry Jens pula mendakwa film itu memaparkan gambaran palsu mengenai Israel
01:19sambil menggesa pembikin dokumentari menyampaikan fakta dan tidak menyebarkan maklumat palsu.