00:00Enam individu maut selepas satu letupan memusnahkan sebuah bangunan di Athens, Ibu Negara Gris.
00:06Pasukan mencari dan menyelamat pada Sabtu menemukan mayat mangsa di bawah runtuhan di daerah bersejarah Pelaka di Bandar Raya itu.
00:18Laporan awal mendapati seorang daripada mangsa ialah wanita warga AS yang sedang bercuti di Athens dan menyewa sebuah unit pangsapuri
00:26di bangunan yang runtuh itu bersama keluarganya.
00:28Punca letupan masih belum dikenal pasti.
00:32Letupan berlaku pada pagi Jumaat memusnahkan sepenuhnya bangunan itu dan menyebabkan kerosakan teruk pada dua bangunan bersebelahan.
00:39Seorang pemandu yang melalui kawasan itu cedera ringan akibat letupan berkenaan selain dua wanita dari sebuah bangunan bersebelahan yang rosak
00:47berjaya diselamatkan pihak bomba.