00:00Jawatan Kuasa Penganjur Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 memohon maaf atas masalah logistik yang menjejaskan kelancaran termasya itu, termasuk isu
00:11penginapan dan pengangkutan.
00:13Setiausaha agung jawatan kuasa itu, Satoshi Murate berkata, unjuran awal penganjur adalah membabitkan seramai 15,000 peserta.
00:21Namun, jumlah kemasukan saat akhir menyebabkan terdapat lebihan 2,000 peserta hingga mencetuskan tekanan kepada pelbagai fasiliti.
00:32Menurut Murate, peningkatan mendadak itu mencetuskan aduan dalam kalangan atlet dan pegawai pasukan dengan antara isu dilaporkan termasuk bilik penginapan
00:42yang sempit, katil kecil serta kelewatan pengangkutan.
00:46Murate mengakui pihaknya bertanggungjawab memastikan perkhidmatan itu disediakan dengan baik dan memohon maaf atas kelemahan yang berlaku.
00:55Kemudian, keutamaan penganjur adalah memastikan atlet dapat memberikan prestasi terbaik.
01:25Selain memastikan penambahbaikan yang dilaksanakan, membuahkan hasil pada separuh kedua termasya.