00:00Malaysia dan Bahrain bersetuju memperkukuh kerjasama keselamatan dalam usaha menangani ancaman jenayah rentas negara termasuk keganasan, ekstremism dan penyeludupan dadah.
00:10Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Menteri Dalam Negeri Bahrain, Gen. Sheikh
00:17Rashid Abdullah Al-Khalifa pada Sabtu.
00:21Selain isu keselamatan, kedua pihak teruk menyentuh penganjuran Formula One Gulf Air Bahrain Grand Prix yang bakal berlangsung di lita
00:29antarabangsa Sepang SIC dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
00:34Saifuddin berkata Malaysia berbesar hati menjadi torumah kepada Bahrain dan komuniti sukan permotoran antarabangsa.
00:41Menurut beliau, penganjuran perlombaan itu bukan sahaja memberi impak kepada sektor pelancongan dan ekonomi, malah berperanan sebagai jambatan mempererak hubungan
00:50rakyat kedua negara.
00:51Bagi memastikan kelancaran acara, kira-kira 700 anggota keselamatan dan pengurusan trafik akan ditempatkan sepanjang penganjuran perlombaan.
01:00Selain itu, kerajaan turut menyediakan laluan khas imigresyen di lapangan terbang bagi kru pasukan dan petugas bertawliah.
01:08Dalam perkembangan sama, mereka turut menyentuh perkembangan Memoranda Persefahaman MOU kerjasama mencegah dan membanteras jenayah rentas negara yang sedang dalam
01:17rundingan.
01:18Saifuddin berkata MOU itu dijangka menjadi asas kepada kerjasama keselamatan yang lebih tersusun dan menyeluruh untuk jangka panjang.