Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Penganjur memutuskan aspek keselamatan dan kesihatan peserta, petugas, sukarelawan, pegawai, pasukan perubatan serta orang awam perlu diutamakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Acara Kucing Marathon 2026 yang dijadualkan berlangsung ahad ini dibatalkan susulan situasi berterusan jerebu yang melanda kucing dan kawasan sekitar.
00:09Keputusan itu diumumkan penganjur Persatuan Marathon Kucing KMA pada Jumaat hanya kurang 48 jam sebelum acara berlangsung.
00:17Menurut KMA, pihaknya telah memantau bacaan indeks pencemaran udara IPU serta petunjuk alam sekitar lain sejak jerebu melanda awal bulan
00:26ini.
00:27Turut diambil kira, nasihat pihak berkuasa dan penasihat perubatan sebelum KMA memutuskan aspek keselamatan dan kesihatan peserta, petugas, sukarelawan, pegawai,
00:38pasukan perubatan serta orang awam perlu diutamakan.
00:41Semua peserta yang telah berdaftar masih boleh mengambil medal dan baju penamatan bermula Sabtu di Plaza Merdeka, kawasan Alfresco.
00:51Jadual serta arahan pengambilan akan dimaklumkan menerusi platform media sosial rasmi KMA pada Jumaat.

Recommended