00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kursus Hari Hidup KPDN pada tahun ini memilih sekolah menengah kebangsaan SMK Benoni sebagai sekolah
00:08angkat madani.
00:10Menterinya Dato' Armiza Mama Ali berkata dengan pemilihan itu sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk menaik taraf bengkel sains rumah tangga
00:18dan bengkel rekaan jahitan pakaian kerana SMK Benoni ialah satu-satunya sekolah yang menawarkan mata pelajaran rekaan jahitan pakaian di
00:27Sabah.
00:29Selain peruntukan tersebut, SMK Benoni turut menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat CSR daripada agensi KPDN dan syarikat swasta.
00:37Armiza yang juga ahli Parlimen Papal berkata sumbangan itu meliputi pembinaan Dewan Serba Guna, kelengkapan bilik darjah dan alat bantu
00:45mengajar, sokongan kepada program kecemelangan akademik dan pembangunan sahsiah serta bantuan kewangan kepada murid asnaf, fakir miskin dan yatim piatu.
00:54Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi KPDN, syarikat swasta dan pihak yang telah menyumbang serta warga SMK Benoni yang
01:02bersama-sama menjayakan program berkenaan.
01:05Program itu amat bermakna dalam memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh murid dan seluruh komuniti sekolah.
01:11Pada tahun lepas, Sekolah Kebangsaan Tikam Batu di Sungai Petani di Gedah telah dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani.
01:17Sekolah Angkat Madani ialah inisiatif yang diperkenalkan pada tahun lepas antaranya bertujuan memperkasakan pendidikan secara menyeluruh melalui kerjasama kementerian dan
01:26agensi kerajaan, sektor swasta serta masyarakat.
01:29Inisiatif berkenaan menumpukan kepada pembangunan sosial, pembekasaan komuniti sekolah, pembangunan sahsiah dan kemahiran murid.
01:35Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta bagi pelaksanaan program ini dengan RM100,000 diperuntukkan kepada setiap kementerian untuk melaksanakan program dan
01:44projek di sekolah terpilih.