Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Ketua Pegawai Operasi COO Lembaga Tabung Haji TH, Dato' Adi Azwan Abdul Ghani, mengaku tidak bersalah di mahkamah sesen
00:09pada Jumaat atas pertuduhan menerima kos pengubahsuaian rumah bernilai 882.9 tahun lalu.
00:20Adi Azwan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dibacakan dihadapan Hakim Suzana Hussein.
00:30Adi Azwan didakwa menerima suatu benda berharga sebagai balasan, iaitu kos pengubahsuaian sebuah rumah di Jalan Tanjung SD 13 Palang
00:384 di Bandar Sri Damansara.
00:40Kos pengubahsuaian itu didakwa diterima daripada pengarah Eji Reka Sendirian Berhad, Samsul Azri Ismail.
00:46Perbuatan itu didakwa dilakukan di Rumah Perkenaan pada 7 Mac 2017.
00:50Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun
00:59Keseksaan.
01:00Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Irna Juliza Ma'aras, kemudian memaklumkan,
01:05Adi Azwan sebelum ini telah didakwa atas 3 pertuduhan di bawah Seksyen Sama di Mahkamah Seksyen Syahalam pada Khamis.
01:13Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon supaya pertuduhan di Kuala Lumpur dipindahkan ke Mahkamah Seksyen Syahalam.
01:18Bagi membolehkan kes itu dibicarakan bersama 3 tuduhan berkenaan, memandangkan ia membabitkan saksi dan kertas siasatan yang sama.
01:27Irna juga memohon agar jumlah serta syarat jamin yang ditetapkan Mahkamah Seksyen Syahalam turut dikenakan terhadap pertuduhan di Kuala Lumpur.
01:34Beliau memaklumkan Mahkamah Seksyen Syahalam membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan 2 penjamin, selain mengarahkan pasportnya diserah kepada Mahkamah.
01:43Hakim Suzana memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Seksyen Syahalam untuk dibicarakan bersama 3 pertuduhan lain.

Recommended