00:00Kes penyakit berkaitan jerebu menunjukkan tren menurun pada minggu epidemiologi ME37 tahun 2026 dengan kes asma mencatatkan penurunan tertinggi sebanyak
00:1235.36% berbanding minggu sebelumnya.
00:16Kementerian Kesihatan KKM dalam penyataan pada selasa memaklumkan berdasarkan pemantauan harian menerusi 78 fasiliti kesihatan sentinel jerebu di seluruh negara,
00:26kes asma berkurangan kepada 722 kes berbanding lebih 1,100 kes pada ME36 tahun 2026.
00:36Kes konjantivitis pula menurun 32.04% atau 107 kes daripada 334 kepada 227 kes bagi tempoh sama, manakala kes
00:49jangkitan saluran penafasan atas URTI berkurangan 1,426 kes atau 20.18%.
00:58Uja KKM walaupun terdapat penurunan kes penyakit berkaitan jerebu yang dipantau, KKM akan terus melaksanakan pemantauan rapi terhadap situasi jerebu
01:07dan kesannya terhadap kesihatan khususnya di kawasan yang merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat.
01:14Selain itu, KKM memaklumkan antara tindakan yang telah dilaksanakan kementerian itu ialah memantau kes URTI, asma dan konjantivitis setiap hari
01:24melalui 78 fasiliti kesihatan sentinel jerebu serta menilai bacaan IPU bersama-sama data surveillance kesihatan bagi menentukan tindakan kesihatan awam.
01:34Selain itu, Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan yang diaktifkan pada 4 September terus menyelaras pemantauan dan respon serta memastikan kesiapsiagaan fasiliti
01:44kesihatan termasuk ketersediaan ubat, bekalan oksigen serta peralatan perubatan berkaitan.
01:51KKM menasihatkan orang ramai khususnya di kawasan dengan kualiti udara tidak sihat supaya mengurangkan aktiviti luar bangunan dan menangguhkan aktiviti
02:00fizikal lasak.
02:01Kementerian itu juga mengingatkan golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu dengan penyakit respiratory kronik dan penyakit jantung
02:11untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Comments