00:00Kerajaan akan menjalankan kajian komprehensif terhadap keberkesanan dasar gaji progresif pada hujung tahun ini atau awal tahun depan bagi menilai
00:09keberkesanan pelaksanaannya dalam meningkatkan pendapatan pekerja serta produktiviti.
00:14Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata penilaian itu akan meneliti keberkesanan insentif kerajaan serta komitmen majikan dalam meningkatkan gaji
00:23pekerja.
00:25Menurut Akmal, peningkatan pendapatan pekerja perlu berlaku seiring dengan peningkatan produktiviti melalui latihan dan pembangunan kemahiran yang tersusun.
00:34Sebab sebagai contoh dalam komitmen dasar gaji progresif, kita ikat bahawa insentif itu perlu datang bersekali dengan produktiviti dan produktiviti
00:46itu perlu dibentuk sama ada dalam bentuk latihan ataupun pendedahan yang perlu disusun
00:52dan komitmen ini kena datang bersama. Dia tak boleh sebagai contoh insentif itu disalurkan tetapi majikan tidak mengambil tindakan yang
01:01seterusnya untuk meningkatkan produktiviti.
01:04Akmal berkata dasar gaji progresif kini sedang dilaksanakan dan tempuh pelaksanaannya di jadual berakhir pada penghujung tahun 2027.
01:12Sehubungan itu katanya, kajian keberkesanan perlu dilakukan bagi memastikan insentif yang diberikan kerajaan benar-benar mendorong majikan mengambil langkah susulan
01:22untuk meningkatkan produktiviti pekerja.
01:25Beliau menegaskan bahawa objektif utama dasar tersebut bukan sahaja meningkatkan pendapatan pekerja, malah mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih mampan dan
01:34berdaya saing melalui peningkatan kemahiran serta produktiviti tenaga kerja.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments